Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.ba.han] | هيبهن

Definisi : sesuatu yg dihebahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hebahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
news release/press release/media releasehebahan beritaKomunikasiKorporatTindakan membuat hebahan sesuatu berita dalam bentuk pernyataan rasmi yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi kepada pihak media cetak atau elektronik. Pernyataan ini mengandungi fakta, pendirian, atau kenyataan sikap organisasi mengenai sesuatu perkara yang dianggap berkaitan dan berkepentingan kepada organisasi. Ciri penulisan hebahan berita ini biasanya ringkas dan memaparkan maklumat yang tidak melebihi satu halaman. Pernyataan ini diedarkan kepada pihak media sama ada melalui mel elektronik, faksimile, edaran tangan, atau pos segera. Bahan yang ditulis biasanya tidak dijamin penyiarannya oleh pihak media. Walau bagaimanapun, setiap hebahan berita itu akan diterbitkan dalam laman web organisasi berkenaan. Penyediaan maklumat tersebut merupakan satu komitmen berterusan yang perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa organisasi peka terhadap sesuatu isu.
sign onhebahan pembukaKomunikasiTiadaTiada
sign offhebahan penutupKomunikasiTiadaTiada
news releasehebahan beritaKomunikasiTiadaSiaran berita yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi melalui bahagian perhubungan awamnya untuk disiarkan kepada media massa.
public service announcementhebahan khidmat awamKomunikasiTiadaPenyiaran maklumat yang mempunyai kepentingan awam yang dilakukan melalui media elektronik. Pihak yang menyiarkan maklumat ini tidak dikenakan dengan apa-apa bayaran. Panjang masa siaran untuk sesuatu makluman ialah antara 30 saat hingga 5 minit.
public service announcementhebahan khidmat awamKomunikasiKorporatLihat pengumuman khidmat awam.
stay tuneterus bersamaKomunikasiTiada1. Hebahan yang dilakukan oleh pengacara atau juruhebah supaya pendengar atau penonton terus mengikuti siaran yang disiarkan. 2. Arahan penerbit kepada kakitangan siaran supaya meneruskan kerja-kerja masing-masing.
off-screen annoucerjuruhebah luar skrinKomunikasiTiadaJuruhebah yang membuat hebahan tanpa wajahnya ditunjukkan di dalam skrin.
on-air promo/on-air presentationwara-wara siaranKomunikasiTiadaHebahan mengenai sesuatu rancangan yang dibuat dalam pelbagai bentuk penerbitan supaya dapat menarik perhatian khalayak.
fixed position messageletakan tetap mesejKomunikasiKorporatPenyiaran iklan atau hebahan khidmat awam yang dipaparkan pada papan iklan untuk satu tempoh yang panjang. Pemaparan mesej iklan disokong oleh penaja tertentu dan kadangkala dipasang di premis yang dimiliki oleh penaja berkenaan. Mesej iklan biasanya mempunyai kepentingan awam dan juga kepentingan organisasi penaja.
12

Kembali ke atas