bile | hempedu | Perubatan | Tiada | Cecair berwarna hijau yang terasa pahit, yang dirembeskan oleh hati, dan disimpan serta dipekatkan di dalam pundi hempedu. Cecair ini mengandungi pigmen dan garam hempedu. Hempedu mengalkalikan kandungan usus dan terlibat dalam pemecahan dan penyerapan lemak. |
gallstone | batu hempedu | Perubatan | Tiada | Ketulan keras seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu atau duktus hempedu. Ketulan keras ini terhasil dalam keadaan tertentu apabila kolesterol mendap; mendapan batuan hempedu yang kaya dengan kolesterol mungkin terbentuk akibat gangguan kronik metabolisme fosfolipid. Dalam keadaan tertentu, kalsium karbonat mendap di dalam batu ini. Sin: kolelit |
cholangitis | kolangitis | Perubatan | Tiada | Inflamasi duktus hempedu. Keadaan ini lazimnya terjadi apabila saluran hempedu tersumbat sama ada oleh sesuatu bahan, seperti karang hempedu atau fluk hempedu. |
bile duct | duktus hempedu | Veterinar | Praklinikal | Saluran atau duktus dalam lobul hati yang menerima rembesan hempedu daripada sel hepar. Beberapa duktus daripada lobul berdekatan dalam hati bercantum untuk membentuk duktus hepar. Duktus hepar ini kemudian bercantum lagi dengan duktus hepar yang lain untuk membentuk duktus hepar sepunya. Duktus hepar sepunya kemudiannya bercantum dengan duktus sista daripada kantung hempedu untuk membentuk duktus hempedu. Duktus hempedu ini menyalirkan rembesan hempedu ke dalam usus. Kuda merupakan satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai kantung dan duktus hempedu. |
gallstone | batu hempedu | Gerontologi | Tiada | Ketulan keras seperti batu yang terbentuk dalam pundi hempedu atau duktus hempedu. |
gallstone | batu hempedu | Perubatan | Tiada | Ketulan keras seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu atau duktus hempedu. |
cholelithiasis | kolelitiasis | Perubatan | Tiada | Kehadiran kalkulus di sistem biliari yang terdiri daripada pundi hempedu, duktus hempedu dan duktus sistik. |
obstructive jaundice | jaundis sekatan | Perubatan | Tiada | Jaundis yang berlaku akibat penyekatan duktus hempedu oleh sesuatu, misalnya karang hempedu dan kolestasis; dan dengan demikian hempedu tidak dapat dirembeskan ke dalam usus. Seterusnya hempedu yang bertakung itu terserap ke dalam peredaran darah sistemik. |
cholaemia | kolemia | Perubatan | Tiada | Kehadiran hempedu atau pigmen hempedu dalam darah. Keadaan ini boleh mengakibatkan jaundis. |
biliuria | biliuria | Perubatan | Tiada | Keadaan terdapatnya hempedu atau garam hempedu di dalam urin. |