caesura | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Hentian di tengah baris puisi atau hentian sementara ketika membaca puisi. Hentian tersebut begitu jelas dapat dirasakan dalam pantun dan syair yang jumlah suku kata tiap-tiap barisnya sama banyak atau seimbang, iaitu terdiri daripada empat perkataan. Dalam puisi baharu, jeda juga dapat dirasakan terutama apabila jumlah suku kata dalam baris-barisnya seimbang. Contohnya, Berbunga lebat / pohon rambutan, Hinggap tempua / berjuntai kaki; Bila dapat / memandang bulan, Jangan lupa / rumput di bumi. |
station break | hentian stesen | Komunikasi | Tiada | Penetapan jumlah masa yang ditentukan oleh sesebuah stesen untuk menghentikan seketika rancangan yang disiarkan bagi menyiarkan selitan seperti iklan, pengumuman khidmat awam atau pengenalan stesen. Tempoh hentian ini bergantung kepada jumlah selitan yang perlu disiarkan. Bagi stesen yang terkenal, tempoh hentian lebih panjang kerana ramai pengiklan ingin membeli masa hentian tersebut untuk menyiarkan iklan mereka. Bagi stesen yang kurang terkenal, tempoh masa hentian ini adalah terhad. Oleh itu, perjalanan siaran tidak kerap terganggu. |
click stop | hentian klik | Komunikasi | Tiada | Penetapan hentian f yang tertumpu tepat pada tempatnya di dalam kamera. |
shear stud | hentian ricih | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Hentian yang dikimpal pada bahagian atas rasuk keluli atau galang untuk menanamkannya di dalam konkrit bagi membolehkan ia berfungsi sebagai struktur tunggal. |
lay-by | hentian sebelah; beli pesan | Kejuruteraan | Tiada | Hentian sebelah: Bahagian sungai untuk menyimpan kapal yang tidak digunakan atau bahagian jalan atau jalan kereta api di luar kawasan lorong lalu lintas, tempat kenderaan boleh berhenti. |
postman's stopping place | hentian posmen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempat yang menjadi hentian posmen semasa serahan dibuat. |
dramatik pause | hentian dramatik | Komunikasi | Tiada | Teknik pengucapan yang dilakukan dengan menghentikan dialog untuk sementara waktu bagi menegaskan makna dialog dan emosinya sebelum menyambungkan dialog seterusnya. Hentian ini boleh berlaku beberapa kali dalam satu dialog. Teknik ini mampu meningkatkan kesan dramatik dalam sesuatu adegan. |
mediae | hentian bersuara | Linguistik | Tiada | Tiada |
stop | hentian | Komunikasi | Tiada | Tahap bukaan saiz kanta, misalnya f2, f2.8, f6.5 dan sebagainya. |
lay-by | hentian sebelah; beli pesan | Geografi | Tiada | Tiada |