Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[her.ba] | هربا

Definisi : sj tumbuhan kecil yg batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[her.ba] | هربا

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya rendah dan tidak berteras (ada yg daunnya dibuat ubat atau dimakan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
herba
Rujuk :tumbuh, tumbuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herb preparationsediaan herbaHerbaFitokimiaDrug herba yang telah melalui proses pengekstrakan, penyulingan, pemeringkatan, pemerahan, penulenan, pemekatan atau penapaian. Sediaan herba merangkumi serbuk herba, tinktur, ekstrak, minyak pati, perahan jus dan rembesan yang diproses.
herb substancezat herbaHerbaFitokimiaKeseluruhan, pecahan atau cebisan tumbuhan, bahagian daripada tumbuhan, alga, kulat atau liken yang tidak diproses dan biasanya dalam bentuk kering dan kadangkala basah. Sesuatu zat herba mestilah didefinisikan dengan tepat, iaitu dengan menamakan bahagian yang digunakan dengan nama botani mengikut sistem binominal (genus, spesies, varieti dan pengarang). Contohnya, akar tongkat ali (Eurycoma longifolia Jack). Rembesan tertentu yang tidak diproses juga boleh dianggap sebagai zat herba.
herbherbaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan vaskular yang berbiji, berbatang lembut dan tidak berkayu. Kebanyakannya jenis semusim, iaitu hidup pada satu kitaran musim lengkap dan mempunyai kitaran hidup yang pendek. Contohnya, bayam, keembong, bunga matahari dan cika emas. Terdapat juga jenis herba saka seperti pisang dan lengkuas.
active substancezat aktifHerbaFitokimiaDrug herba atau sediaan drug herba yang dianggap sebagai bahan aktif yang terdapat dalam hasil fitoubat atau ubat herba.
phytomedicinefitoubatHerbaFitokimiaBahan ubatan yang dihasilkan khususnya daripada satu atau lebih drug herba atau sediaan herba sebagai bahan aktifnya, dengan tidak mengambil kira sama ada sebatian aktif herba tersebut diketahui atau tidak.
herb drugdrug herbaHerbaFitokimiaTumbuhan atau bahagian tumbuhan dalam bentuk yang tidak diproses untuk tujuan pengubatan dan farmaseutik.
cold pressingpenekanan sejukHerbaTiadaKaedah mengeluarkan minyak pati daripada bahan herba segar atau cecair ekstrak daripada residu bahan herba dengan cara penekanan pada suhu bilik.
Phyllagathis rotundifoliatapak sulaimanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae yang dikenali juga sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, dibuat tonik ibu selepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut.
contact herbicideracun herba kontakPertanianAgronomi

 Jenis racun herba yang bertindak hanya kepada bahagian tumbuhan yang disentuh oleh racun tersebut. Pada amnya, racun jenis ini memberi kesan yang cepat dengan melecurkan bahagian yang disentuh tetapi tidak meresap kepada bahagian akar atau batang yang tidak terkena racun. Contohnya, racun herba kontak jenis Paraquat. Oleh itu, racun herba kontak tidak begitu berkesan dalam jangka masa panjang untuk mengawal rumpai yang mempunyai rizom seperti lalang.

chemical marker compoundsebatian kimia penandaHerbaFitokimiaSebatian ciri bagi sesuatu spesies tumbuhan yang digunakan dalam pengawalan kualiti bahan herba dengan tidak mengambil kira sama ada sebatian tersebut mempunyai aktiviti terapeutik atau tidak. Sekiranya kandungan sebatian berkenaan telah ditentukan secara kuantitatif dalam bahan herba mentah, maka sebatian itu boleh digunakan untuk mengira kuantiti zat atau sediaan herba dalam hasil akhir. Sinonim sebatian penanda.
12345678910...

Kembali ke atas