gravitational head | turus graviti | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tenaga keupayaan sesuatu pengaliran yang ditukarkan kepada unit turus dengan membahagikannya dengan rg (r = ketumpatan, g = pecutan graviti). Turus graviti diungkapkan sebagai hg = z, dengan hg = turus graviti (m), z = ketinggian (m). |
hypotension | hipotensi | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Keadaan apabila tekanan darah sistolik kurang daripada 90 mm Hg atau tekanan darah diastolik kurang daripada 60 mm Hg. Keadaan yang serius akan mengganggu fungsi otak dan organ penting yang lain bagi memperoleh oksigen dan nutrien. |
quicksilver | raksa | Geologi | Tiada | 1. Unsur logam, simbol Hg, nombor atom 80, berat atom 200.59, takat beku -38.85øC, takat didih 356.6øC, berbentuk cecair berat, dan terdapat secara semula jadi di dalam bijih sinabar.,2. Istilah sama bagi merkuri dalam bentuk asli sebelum digunakan. |
hydrargyrum | hidrargirum | Perubatan | Tiada | 1. Unsur logam, simbol Hg, menyerupai perak dalam bentuk cecair pada suhu bilik. |
mercury | raksa/merkuri | Kejuruteraan | Tiada | Unsur logam cecair bersimbol Hg dan bernombor atom 80. |
dypnone | dipnon | Kimia | Tiada | Cecair berwarna terang, takat didih 246oC pada 50mm Hg, digunakan sebagai pemplastik. |
hypertension | hipertensi | Gerontologi | Tiada | Tahap tekanan darah yang melebihi 140/90 mm Hg dalam beberapa bacaan. Keadaan ini disebabkan oleh tekanan terhadap dinding arteri atau rintangan vaskular periferi yang tinggi. |
naphthalide | naftalida | Kimia | Biokimia | Terbitan naftalena yang mempunyai formula umum MC10H7 seperti Hg(C10H7), raksa naftalida, atau formula umum RNHC10H7 seperti CH3NHC10H7, asenaftalida. |
millimeter of mercury | milimeter raksa | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit ukuran tekanan yang bersingkatan mm Hg dan bersamaan dengan 133.322 pascal. |
mercury | merkuri | Kimia | Tiada | Unsur logam dalam kumpulan IIB (atau 12) jadual berkala, simbol Hg, nombor atom 80, berat atom 200.59, nombor pengoksidaan +1 dan +2, takat beku -38.85°C, takat didih 356.6°C, berbentuk cecair berat, berwarna perak, sangat beracun, tidak terbakar dan larut di dalam asid nitrik dan lipid. Merkuri diekstrak daripada bijih sinabar. Logam ini digunakan untuk membuat amalgam, katod, termometer, barometer dan sebagai mangkin dan penyerap neutron dalam reaktor nuklear. |