hibiscus (Hibiscus rosa-sinensis) | bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis) | Pertanian | Tiada | Tiada |
Indian hemp (Hibiscus cannabinus) | kenaf (Hibiscus cannabinus) | Pertanian | Tiada | Tiada |
Hibiscus rosa-sinensis | bunga raya merah | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya merah tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi, dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah pernafasan, sakit kulit, beguk, demam dan bisul. Daun, bunga dan akarnya bersifat antiseptik untuk merawat bisul, ulser dan jangkitan kulit. Akar dimakan sebagai penawar racun. Lendir daun dan bunga digunakan untuk melebatkan dan menyihatkan rambut. Bunganya juga boleh dibuat jus. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap. |
Hibiscus rosa-sinensis var. albus | bunga raya putih | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya putih tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar berwarna putih. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah ruam, bisul, radang kulit, sifilis, demam dan batuk. Air rendaman daun dibuat demah untuk merawat demam dan sakit kepala. Rebusan kulit batang bunga raya putih diminum untuk membaiki kitaran haid. Lendir daun dan bunga dilumurkan ke kepala untuk mencegah keguguran rambut, melebatkan dan menyihatkan rambut. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap. |
roselle (Hibiscus sabdariffa) | rosel | Herba | Tiada | Tiada |
baru | baru | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi Hibiscus spp. dan Thespsia spp. daripada famili Malvaceae. Nama tempatan lain di Semananjung termasuk baru-baru, bebaru, bangsar dan tutor, dan di Sabah ialai baru laut. Spesies utama kayu ini ialah Hibicus floccusses, H. Maerophyllus, H. Tiliaceus, dan Thespesia populea. Warna gubal kayu baru berbeza-beza daripada putih hingga kuning muda, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning hingga merah coklat. Tekstur kayunya halus hingga agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus, bersimpul atau berpintal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 450 hingga 625kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras, dan yang ringan hingga sederhana berat. |
bast | basta | Pertanian | Agronomi | Tisu gentian pada floem dalam beberapa jenis tanaman dikotiledon seperti kenaf (Hibiscus cannabinus) dan jut (Corchorus capsularis). Basta menjadi bahan penyokong bagi berkas floem dan memberi kekuatan kepada batang. Dalam industri gentian, basta diproses menjadi tali, guni atau bahan untuk membuat permaidani. |
phanerophyte | fanerofit | Biologi | Ekologi | Pokok atau pokok renek yang mempunyai putik bunga pada dahan yang wujud di bahagian atas permukaan tanah. Misalnya, pokok bunga raya, Hibiscus rosasinensis. |
ovate | ovat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk daun yang bujur telur. Pangkalnya lebar menirus ke arah hujung dan biasanya nisbah panjang berbanding lebar ialah 3:2. Contohnya, daun bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), daun lada hitam (Piper nigrum) dan daun nilam (Pogostemon cablins). |
shrub | renek | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis berkayu tanpa batang utama. Tumbuhan ini bersaiz kecil dan bercabang rendah. Contohnya, senduduk (Melastoma malabathricum), kapal terbang (Chromolaena odoratum) dan bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis). |