hibiscus (Hibiscus rosa-sinensis) | bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis) | Pertanian | Tiada | Tiada |
Hibiscus rosa-sinensis | bunga raya merah | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya merah tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi, dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah pernafasan, sakit kulit, beguk, demam dan bisul. Daun, bunga dan akarnya bersifat antiseptik untuk merawat bisul, ulser dan jangkitan kulit. Akar dimakan sebagai penawar racun. Lendir daun dan bunga digunakan untuk melebatkan dan menyihatkan rambut. Bunganya juga boleh dibuat jus. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap. |
Hibiscus rosa-sinensis var. albus | bunga raya putih | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya putih tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar berwarna putih. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah ruam, bisul, radang kulit, sifilis, demam dan batuk. Air rendaman daun dibuat demah untuk merawat demam dan sakit kepala. Rebusan kulit batang bunga raya putih diminum untuk membaiki kitaran haid. Lendir daun dan bunga dilumurkan ke kepala untuk mencegah keguguran rambut, melebatkan dan menyihatkan rambut. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap. |
ovate | ovat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk daun yang bujur telur. Pangkalnya lebar menirus ke arah hujung dan biasanya nisbah panjang berbanding lebar ialah 3:2. Contohnya, daun bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), daun lada hitam (Piper nigrum) dan daun nilam (Pogostemon cablins). |
shrub | renek | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis berkayu tanpa batang utama. Tumbuhan ini bersaiz kecil dan bercabang rendah. Contohnya, senduduk (Melastoma malabathricum), kapal terbang (Chromolaena odoratum) dan bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis). |
androecium | androesium | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahagian pembiakan jantan bunga yang terletak di bahagian dalam sari bunga. Organ ini terdiri daripada stamen yang mengandungi anter yang terletak di hujung filamen. Debunga di dalam anter mengandungi gamet jantan. Sekuntum bunga mempunyai lebih daripada satu stamen sama ada bercantum membentuk satu tiub atau terasing. Contoh bunga dengan stamen bentuk tiub ialah bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), dan bunga dengan stamen yang terpisah ialah bunga songsang (Gloriosa superba). |