hydraulic scale | skala hidraulik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat penimbang yang digunakan dalam perindustrian bagi menukarkan beban yang dikenakan pada omboh sel beban kepada tekanan hidraulik terjana yang setara. Skala hidraulik terdiri daripada transduser tekanan hidraulik atau penderia yang dipasang pada silinder hidraulik pengangkat beban dan alat paparan. Tekanan yang dikenakan oleh beban terhadap silinder hidraulik akan dicerap oleh penderia dan menghantar maklumat tersebut secara elektrik kepada pemproses sebelum ditukar dan dipamerkan kepada unit yang dikehendaki pada skrin paparan. |
servo | servo | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti dalam sistem hidraulik, yang menukarkan tekanan hidraulik menjadi pergerakan mekanikal. Peranti ini terdiri daripada omboh, yang bergerak di dalam silinder apabila tekanan hidraulik bertindak padanya. |
critical depth of hydraulic | kedalaman kritikal hidraulik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kedalaman cecair di dalam saluran terbuka yang memulakan pembentukan lompatan hidraulik akibat tenaga spesifik hidraulik yang minumum. |
conductivity, directional hydraulic | kekonduksian hidraulik berarah | Hidrologi | Tiada | Sifat gabungan suatu medium berliang tak isotrop dan aliran yang melaluinya. Apabila arah tertentu bersekenaan dengan arah luahan spesifik, maka kekonduksian hidraulik berarah yang ke arah itu ialah nisbah luahan spesifik terhadap pelunjuran gradien hidraulik ke arah itu; apabila arah tertentu bersekenaan dengan arah gradien hidraulik itu, maka kekonduksian hidraulik berarah adalah nisbah lunjuran luahan spesifik ke arah itu terhadap gradien hidraulik. |
hydraulic diameter | garis pusat hidraulik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Garis pusat yang ditakrifkan sebagai dengan DH = garis pusat hidraulik, S = luas keratan rentas, Pw = lilitan yang dibasahi bendalir (m). Garis pusat hidraulik bagi sesuatu saluran adalah sepadan dengan garis pusat bagi saluran berbentuk sembarangan. |
critical velocity of hudraulic | halaju kritikal hidraulik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Halaju kritikal untuk mengelakkan lompatan hidraulik di dalam saluran terbuka yang dianggarkan sebagai, (rujuk m/s 89) dengan uc = halaju kritikal hidraulik, A = luas keratan rentas saluran, B = lebar saluran. |
boosted brake | brek galak | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Sejenis brek sumber kuasa yang menggunakan silinder induk. Tekanan hidraulik daripada sistem kuasa hidraulik pesawat udara diperlukan untuk menghasilkan daya pada silinder induk. |
hydraulic anchor | penahan hidraulik | Kejuruteraan | Petroleum | Lihat sauh hidraulik. |
hydraulic anchor | sauh hidraulik | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : penahan hidraulik Alat subpermukaan yang dipasang pada penyendat untuk menahan penyendat tersebut daripada bergeser ke atas. Alat ini dipasang pada penyendat yang mungkin mengalami tekanan yang tinggi dari bawah. |
hydraulic resistivity | kerintangan hidraulik | Geografi | Tiada | Salingan kepada kekonduksian hidraulik. |