Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hip hop


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hip-hophip-hopMuzikTiada

Budaya sekumpulan orang kulit hitam di Amerika Syarikat yang mengutamakan rap, tarian break, lukisan grafiti, keme-ja-T dan seluar besar, kasut kanvas dan topi besbol. Hip-hop berasal dari kota New York pada tahun 1970-an. Budaya hip-hop telah tersebar ke negara lain dan disesuaikan dengan ciri tempatan seperti bahasa, loghat, melodi dan rentak. Contoh kumpulan hip-hop di Malaysia, termasuklah Poetic Ammo, VE dan Teh Tarik.

raprapMuzikTiada

 Naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip-hop yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam di kota New York pada tahun 1970-an. Rap telah diadaptasikan oleh remaja di serata dunia dengan menggunakan bahasa dan dialek masing-masing untuk meluahkan perasaan. Dalam budaya hip-hop, penyanyi rap memakai kemeja-T, seluar besar, kasut kanvas, topi besbol dan menari tarian break. Rap juga dinyanyikan oleh deejay di kelab tarian. Contohnya, lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Lihat juga hip-hop.


Kembali ke atas