Nazism | fahaman Nazi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Doktrin dan polisi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933 hingga 1945. Anggota parti ini dikenali dengan nama singkatan Nazi. Menurut dogma Nazi, manusia boleh diklasifikasikan secara saintifik kepada kaum yang superior dan inferior. Kaum yang teratas sekali ialah Nordik atau Jerman, iaitu jenis kaum Aryan, manakala kulit hitam dan Yahudi ialah kaum yang paling rendah martabatnya. Golongan Nazi telah menuduh orang Yahudi menghalang pembentukan bangsa tuan dalam kalangan kaum Aryan. Mereka menuduh orang Yahudi Jerman telah berpaling tadah terhadap Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, golongan Nazi telah memaksa dogma dan sistem mereka ke atas Eropah. Berjuta-juta orang Yahudi, Rusia dan Poland telah dibunuh dan dijadikan buruh paksaan. Walau bagaimanapun, kekalahan dan kejatuhan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan Eropah daripada kekejaman Nazi dan fahaman Nazi telah diharamkan di negara Jerm |
ex-Nazi | bekas Nazi | Sejarah | Tiada | Orang yang telah meninggalkan atau berhenti bergiat dalam kegiatan dan amalan fahaman Nazi, kebanyakannya di Jerman selepas kekalahan Hitler dalam Perang Dunia II. |
holocaust | holocaust | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Istilah yang digunakan oleh sejarawan Yahudi untuk merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh rejim Nazi pimpinan Hitler. Peristiwa ini dinamakan oleh mereka sebagai penyelesaian akhir. |
biological nationalism | nasionalisme bangga bangsa | Sejarah | Tiada | Semangat kebangsaan yang mengagung-agungkan keturunan sesuatu bangsa yang dianggap lebih istimewa daripada bangsa lain seperti fahaman Nazi oleh Hitler. |
International Criminal Police Organization (Interpol) | Polis Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1923, beribu pejabat di Vienna. Pada tahun 1938, organisasi ini telah dibubarkan oleh Hitler, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1946, organisasi ini ditubuhkan semula dan beribu pejabat di Paris. Perkhidmatan utama organisasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada lebih 140 buah negara anggotanya berkenaan dengan lokasi penjenayah antarabangsa, menganjurkan seminar berkenaan dengan penyiasatan jenayah secara saintifik dan mempermudah penangkapan penjenayah. Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan berjaya dalam membanteras jenayah yang merangkumi penyeludupan, pemalsuan, peniruan dan perdagangan narkotik. Organisasi ini mengelak daripada terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman. Sinonim Interpol. |
displaced person | orang tersingkir | Sejarah | Tiada | Orang-orang yang tersingkir, dari tanah tumpah darahnya sebelum dan sewaktu Perang Dunia II, termasuklah yang dipaksa keluar dari negara asal mereka khususnya orang Yahudi Jerman yang dihalau keluar dari Jerman sewaktu pemerintahan Hitler. |
anti-Semitism | fahaman anti-Yahudi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Fahaman yang bermula di Jerman pada tahun 1880 yang menentang pengaruh Yahudi dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Di negara yang berfahaman ini, bangsa Yahudi sering dijadikan sasaran kebencian kerana prasangka agama, etnik dan psikologi. Kaum Yahudi didiskriminasikan dalam pelbagai bidang. Gerakan anti- Yahudi ini mencapai kemuncaknya di Eropah khususnya di Jerman pada akhir abad ke-19 apabila pihak Nazi pimpinan Hitler mengambil alih kepimpinan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg dilaksanakan yang melarang perkahwinan antara orang Yahudi dengan orang Jerman. Kemudian pada tahun 1945, seramai lima juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust. Sinonim anti-Semitisme. |
tyranny | tirani | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dalam pemikiran klasik, tirani bermaksud penyalahgunaan kuasa oleh seorang raja yang memerintah menurut kehendak dan kepentingan diri sendiri. Secara umumnya, tirani merujuk kepada penyalahgunaan kuasa paksaan pemerintah apabila tiada kuasa undang-undang. Dalam keadaan ini, kerajaan dikuasai oleh seorang diktator yang memerintah mengikut kehendaknya tanpa memikirkan kepentingan atau kebajikan rakyat. Contohnya, pemerintahan Nazi Jerman di bawah pemerintahan Adolf Hitler. |
totalitarianism | totalitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang merujuk kepada pemerintahan seorang diktator atau satu parti tunggal. Fahaman ini menghalang kebebasan orang ramai serta meletakkan kedudukan rakyat subordinat di bawah kuasa pemerintah dalam semua aspek kehidupan. Penggunaan kekerasan, sekatan kebebasan dan hukuman yang berat kepada orang ramai merupakan ciri-ciri utama fahaman ini untuk memastikan matlamat pemimpin atau negara tercapai. Contohnya, sistem pemerintahan komunis semasa Stalin di Soviet Union dan Fasis Hitler di Jerman. Sinonim faham totalitarian. |
one-party system | sistem satu parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang membenarkan hanya satu parti politik wujud dalam sebuah negara. Kehadiran parti lain atau parti pembangkang dianggap menyalahi undang-undang dan diharamkan. Sistem ini hanya terdapat di negara yang mengamalkan sistem politik komunis dan fasis. Parti tunggal yang wujud inilah yang akan membentuk kerajaan, memonopoli persaingan politik dan pembangunan negara tersebut. Persaingan politik hanya wujud dalam bentuk persaingan dalaman parti yang bersifat terbatas. Contohnya, Parti Komunis China di Republik Rakyat China dan pemerintahan Parti Nazi Jerman di bawah pemerintahan Hitler. |