Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hos] | هوس

Definisi : tiub yg dibuat drpd getah dsb utk menya­lurkan cecair atau gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hos] | هوس

Definisi : 1. orang (spt tuan rumah dsb) yg merai­kan tetamu (dlm sesuatu majlis, upacara, dsb); 2. orang yg mengacarai sesuatu persembahan, program televisyen, dsb, pengacara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hos] | هوس

Definisi : tiub yg dibuat drpd getah dll utk mengalirkan cecair, gas dsb: Air paip itu disalurkan ke kolam melalui ~ getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hos (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan salur getah, getah paip, tiub, ularan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
screened hos gatewayget laluan hos teradangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerHos yang memisahkan rangkaian yang dipercayai daripada rangkaian yang tidak dipercayai untuk tujuan keselamatan rangkaian. Hos ini memahami protokol aplikasi yang dijalankan dalam rangkaian yang dilindungi untuk membolehkannya menjadi pengantara dan pemeriksa paket rangkaian agar mematuhi protokol aplikasi serta dasar keselamatan rangkaian. Sinonim get laluan aplikasi.
mode of transmissioncara transmisiKejururawatanTiadaMekanisme pemindahan agen jangkitan daripada hos ke hos.
link encryptionpenyulitan pautTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyulitan dan penyahsulitan di antara hos penghantar dengan hos penerima, iaitu pada semua hos perantara.
genetic colonizationpengkolonian genetikBiologiGenetikPenambahan bahan genetik daripada parasit ke dalam hos untuk merangsang hos mensintesiskan hasil yang hanya boleh digunakan oleh parasit.
domain namenama domainTeknologi MaklumatTiadaNama komputer hos yang menjadi pelayan. Contohnya nama domain komputer pelayan Dewan Bahasa adalah dbp.gov.my yang membawa maksud berikut; dbp adalah nama organisasi (hos), .gov adalah jenis organisasi hos (kerajaan) dan .my adalah nama negara (lokasi hos). Lihat nama domain layak penuh.
multihomed hosthos multirumahTeknologi MaklumatTiadaKomputer hos yang bersambung secara fizikal ke beberapa sambungan data dalam rangkaian yang sama atau berlainan. Komputer multirumah mempunyai beberapa alamat IP yang bersambung ke beberapa rangkaian. Contohnya komputer yang berfungsi sebagai pelayan Windows NT 4.0 dan mempunyai beberapa alamat IP boleh dianggap hos multirumah dan boleh berfungsi sebagai penghala IP.
network wormcecacing rangkaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerCecacing yang boleh tersebar dengan sendiri melalui rangkaian dan berupaya mengeksploitasi ketakteguhan yang terdapat pada hos atau pelayan. Seterusnya hos atau pelayan akan bertindak sebagai pembawa yang menyebarkan cecacing ke seluruh dunia. Cecacing rangkaian biasanya menggunakan port 80 yang terbuka untuk sambungan ke laman web untuk penyebaran maksimum kerana biasanya port 80 tidak disekat oleh tembok api.
full-fashioned hosehos kait berbentukKesenianTiadaHos kait yang mengikut bentuk kaki dengan menggunakan kait rata dan dikelim di tengah belakang.
semifashioned hosieryhos kait separa bentukKesenianTiadaStoking yang menyerupai hos kait berbentuk tetapi berkelim palsu.
IP spoofingperdayaan IPTeknologi MaklumatTiadaTeknik yang digunakan oleh penceroboh untuk mencapai komputer hos dalam rangkaian. Penceroboh menghantar mesej dengan menggunakan alamat IP orang lain agar kelihatan seperti alamat IP yang dipercayai oleh komputer hos tersebut. Untuk menggunakan perdayaan IP, penceroboh mula-mula akan menggunakan beberapa teknik untuk mencari alamat IP hos yang boleh dipercayai. Ia kemudiannya mengubah suai kepala paket penghantaran supaya ia kelihatan datangnya daripada hos yang dipercayai.
12345678910...

Kembali ke atas