Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hujan pd waktu mata­hari bersinar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hujan sedangkan matahari masih ber­sinar-sinar; menghujanpanaskan membiarkan kena hujan dan panas, tidak mempedulikan hujan dan panas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hujan yg turun ketika matahari bersinar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Puisi
 

Hujan panas pagi hari,
     Ayam putih masuk reban;
Hilang emas boleh dicari,
     Hilang kekasih guna teraban.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Panas setahun hujan sehari,
     liput tanjung dengan pulau.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari, b. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari). liput = genang.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rain showerhujan panasGeologiTiadaTiada
warm rainhujan panasMeteorologiMeteorologi PerhubunganHujan yang turun daripada awan panas.
hyetal regionwilayah hietalSainsHidrometeorologiWilayah yang dalamnya jumlah dan perubahan musiman hujan adalah daripada jenis tertentu. Mengikut Koppen, dalam pengelasan iklimnya, jenis utama wilayah hietal ialah; gurun, dengan hujan jarang-jarang dan tak tetap; musim sejuk kering, dengan musim panas yang mencirikan iklim monsun; musim panas kering, dengan musim hujan pada musim sejuk, seperti iklim Mediterranean; hujan pada semua musim, tetapi taburannya tidak sama rata sepanjang tahun; hujan pada lebih setengah bilangan hari pada setiap bulan. Jenis yang kurang penting boleh dibezakan dengan musim maksimum hujan yang sama ada dipisahkan oleh musim kering pendek atau teralih menjelang musim bunga atau musim luruh.
canopysudurKesenianSeni BinaUnsur binaan yang digunakan untuk memayungi manusia daripada hujan dan panas. Unsur binaan ini mempunyai beberapa nama khusus bergantung pada peranannya. Sudur lebih merujuk kepada rimbunan dahan dan daun pokok yang menutup sebahagian daripada bangunan atau menjulur keluar dari batangnya untuk menjadi ruang atau laluan di bawahnya teduh. Lihat juga sengkuap, tenda.
canopytendaKesenianSeni BinaUnsur binaan yang digunakan untuk melindungi manusia daripada hujan dan panas. Tenda lazimnya diperbuat daripada kain yang berfungsi sebagai binaan tambahan yang bersifat sementara. Unsur binaan ini mempunyai beberapa panggilan khusus bergantung pada peranannya. Lihat juga sengkuap, sudur.
instability rainhujan tak stabilGeografiTiadaHujan yang berlaku apabila suatu jasad udara naik dan berkembang, kerana ia lebih panas dan lebih tumpat daripada udara di atasnya. Akibat gerakan menegak jasad tersebut, udara akan sejuk melalui proses adiabatik dan menghasilkan hujan.
maritime climateiklim kelautanGeografiTiadaIklim yang terdapat pada beberapa zon sederhana bumi yang di bawah pengaruh laut, dan dengan musim sejuk yang sederhana, musim panas yang tidak terlalu panas dan taburan hujan tahunan yang sama rata.
cover croptanaman penutup bumiPertanianAgronomi

 Tanaman yang digunakan khas untuk melindungi tanah daripada kesan hujan dan panas yang akan mengakibatkan hakisan tanah dan larut resap nutrien. Penutup bumi ditanam semasa menanam pokok saka seperti getah dan kelapa sawit. Pokok saka di tanam dalam jarak 6 meter hingga 15 meter antara pokok. Pada peringkat awal tumbesaran sehingga 5 tahun, kawasan antara pokok terdedah sehingga kanopi pokok menutupi tanah. Tanaman kekacang seperti Centro (Centrosema pubescens), Calapo (Calapogonium mucunoides) dan Puero (Pueraria phaseoloides) ditanam antara baris pokok dan dalam beberapa bulan akan menutupi tanah. Manfaat tanaman penutup bumi juga akan mengurangkan saingan rumpai. Jenis kekacang digunakan kerana berupaya mengikat nitrogen dan dapat meningkatkan kandungan nitrogen dalam tanah.

canopysengkuapKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan konkrit yang diunjurkan dari atas tingkap atau atas pintu untuk memberi perlindungan daripada hujan dan panas. (Rajah 84) sengkuap (Rajah 84)
blossom showerhujan musim bungaGeografiTiadaCurahan hujan yang berbeza tempoh dan keamatan disebabkan oleh perolakan udara panas ke dalam udara tak stabil dan pembentukkan awan kumulonimbus.
1234

Kembali ke atas