sinking fund | dana terikat | Pentadbiran | Tiada | Dana yang diperuntukan oleh syarikat untuk tujuan pelunasan hutangnya. |
pass through securities | sekuriti serah semua | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Satu bentuk pelaburan dengan pembayaran sekuriti hutangnya terdiri daripada gabungan faedah, pokok ataupun pulangan modal. |
default | ingkar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ingkar: Ketidakupayaan penerbit sekuriti hutang membayar faedah dan pokok atas hutangnya. |
secondary securitization | pensekuritian kedua | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses pihak pembeli bon berkupon sifar dalam pensekuritian pertama menjualkan hutangnya kepada pihak ketiga. Hutang ini akan dipakej dan disekuritikan kepada pelabur lain dengan tujuan berkongsi keuntungan. |
accumulated earnings credit | kredit perolehan terkumpul | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kemudahan pembelian atau peminjaman berdasarkan kesanggupan pembeli atau peminjam untuk membayar balik hutangnya dalam tempoh tertentu selepas serahan, yang terkumpul pada penghujung tempoh tertentu. |
voluntary reorganization | susun semula sukarela | Pentadbiran | Tiada | Rayuan yang dikemukakan oleh firma yang gagal bagi pihaknya sendiri untuk menyusun semula strukturnya dan membayar hutangnya. |
compulsory pawn sale | jualan gadaian paksa | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tindakan memaksa penggadai atau wakil penggadai untuk menjual barang gadaian. Keadaan ini berlaku apabila penggadai gagal membayar hutangnya, tidak mengizinkan pegadai menjual barang gadaian dan penggadai enggan menjual barang gadaian secara sukarela. Oleh itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah jualan barang gadaian tersebut untuk melangsaikan hutang penggadai yang tamat tempoh. |
Islamic debt securitizatian | pensekuritian hutang Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses penerbitan sekuriti bersandarkan hutang yang mempunyai aliran tunai berkala. Dalam pensekuritian ini, pihak pemberi hutang akan menjual hutangnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan mudah tunai segera. Pihak ketiga pula akan mengeluarkan sekuriti sendiri untuk mendapatkan dana bagi tujuan membeli hutang tersebut daripada pemberi hutang. Akad muawadhat digunakan bagi urus niaga antara pemberi hutang dengan pengeluar sekuriti (pihak ketiga) dan akad qardul hasan atau akad murabahah pula digunakan bagi urus niaga antara pemberi hutang (pihak kedua) dengan si berhutang (pihak pertama). |
group creditors insurance | insurans kumpulan pemiutang | insurans | Tiada | Kontrak yang dikeluarkan ke atas hayat si piutang untuk membayar baki amaun yang dipinjam jika si piutang mati sebelum hutangnya dijelaskan. |
fikak | penebusan | Perniagaan Islam | Tiada | Pembayaran untuk mendapatkan kembali sesuatu barangan. Contohnya, dalam kes gadaian, penggadai menebus barang miliknya yang telah digadai kepada penerima gadaian dengan membuat pembayaran bagi melunaskan hutangnya. |