biological oxygen demand | keperluan oksigen biologi | Pertanian | Agroteknologi | Kuantiti oksigen yang diperlukan oleh organisma aerobik untuk menguraikan bahan organik di dalam air. Keperluan ini dapat menentukan kadar pencemaran air oleh bahan organik. Sekiranya kandungan BOD-nya tinggi, maka ia menunjukkan kadar pencemaran yang tinggi dan begitu juga jika sebaliknya. Faktor yang mempengaruhi proses ini ialah suhu, air dan kandungan bahan organik. Contohnya, air sungai yang jernih mengandungi BOD di bawah 1 mg/L, air yang sederhana tercemar mengandungi BOD 2-8, dan air yang terlalu tercemar ialah 20 mg/L dan ke atas. Bagi air kumbahan yang tidak dirawat, kadarnya ialah 600 mg/L BOD. Singkatan BOD. |