thumb hole | lubang ibu jari | Kesenian | Tiada | Lubang ibu jari alat serunai. |
oyayubi ippon ken | tusuk ibu jari | Sukan | Tiada | Tusukan dengan menggunakan ibu jari. |
thumb sucking | hisap ibu jari | Perubatan | Tiada | Tabiat bayi dan kanak-kanak kecil yang memasukkan ibu jari ke dalam mulut dan menghisapnya seolah-olah puting. |
cricoid pressure | tekanan krikoid | Perubatan | Tiada | Teknik pencegahan regurgitasi kandungan gaster dengan menekan tulang rawan krikoid dengan menggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu ke arah kolum vertebra untuk menutup esofagus. Teknik ini mesti digunakan semasa induksi kilat dan terhadap pesakit yang berpotensi mengalami aspirasi gaster. Teknik ini dikenali juga sebagai manuver Sellick. |
Ig;left-hand rule | petua tangan kiri | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, apabila jari tangan kiri berada di sekeliling dawai, ibu jari menghala pada arah aliran elektron, maka jari-jari tersebut akan menghala pada arah medan magnet yang dikeluarkan oleh dawai. 2. Bagi dawai membawa arus yang berada di dalam medan magnet seperti dawai pada angker suatu motor, apabila ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah mengarah keluar dan bersudut tegah antara satu dengan lain, maka jari telunjuk akan menunjukkan arah garis-garis daya magnet, jari tengah menunjukkan arah aliran arus dan ibu jari menunjukkan arah daya pada dawai. |
ballottement | balotemen | Kejururawatan | Tiada | Teknik palpasi mencekak bahagian presentasi janin dengan menggunakan ibu jari dan jari-jari untuk menentukan paras kemasukan janin ke dalam rongga pelvis sebenar. |
mitten | miten | Kesenian | Tiada | Sarung tangan daripada benang sayat, belulang atau fabrik kait yang memisahkan ibu jari dengan jari-jari tangan lainnya untuk melindungi tangan daripada benda-benda panas dan cuaca sejuk. |
right-hand rule | petua tangan kanan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, sekiranya jari tangan kanan mengelilingi dawai dan ibu jari menunjukkan arah arus maka jari-jari akan menunjukkan arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai tersebut. 2. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang bergerak dalam medan magnet seperti dawai pada angker jana kuasa, sekiranya ibu jari serta jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan bersudut tegak antara satu dengan lain, maka ibu jari akan menunjukkan arah gerak dawai, jari telunjuk menunjukkan arah garis daya magnet dan jari engah menujukkan arah arus teraruh yang wujud disebabkan oleh gerakan dawai dalam medan magnet tersebut. |
thumb | ibu jari tangan | Perubatan | Tiada | Tiada |
thumbprint | cap ibu jari | Perubatan | Tiada | Tiada |