Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama sj ikan, Thunnus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
little tunatuna kecilPerikananTiadaIkan tuna daripada famili Scombridae, iaitu kumpulan ikan pelagik neritik yang bersaiz kecil seperti aya selasih, aya kurik dan aya hitam. Tuna kecil mempunyai bentuk badan seperti torpedo, dua sirip belakang yang terpisah dan berwarna kehitam-hitaman atau kebiruan-biruan mengikut spesies. Ikan ini berhijrah mengikut musim dan terhad di kawasan pantai rantau benua. Ikan ini boleh ditangkap menggunakan pancing, pukat hanyut dan pukat jerut. Tuna kecil menggemari umpan tiruan berbentuk ikan atau sotong. Sinonim tongkol kecil. Lihat juga pelagik, neritik.
exclusive fishing righthak penangkapan eksklusifPerikananTiadaKebenaran untuk menangkap ikan yang diberikan oleh pertubuhan antarabangsa kepada sesebuah negara di sesuatu perairan berdasarkan persetujuan yang telah dicapai. Contohnya, hak penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi diberikan kepada Malaysia berdasarkan komitmen dan sumbangan Malaysia kepada Indian Ocean Tuna Commission (IOTC).
pole and linejoran dan pancingPerikananTiadaAlat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada joran, tali pancing dan mata kail. Contohnya, joran dan pancing digunakan untuk menangkap ikan pelagik yang hidup berkumpulan, seperti ikan tuna dan tenggiri.
straddling stockstok tersebar luasPerikananTiadaKumpulan ikan yang mempunyai corak penghijrahan merentasi perairan zon ekonomi eksklusif berlainan negara bagi melengkapkan pusingan hidupnya, termasuk mencari makanan dan membiak. Corak pengurusan sumber stok tersebar luas memerlukan kefahaman dan maklumat saintifik yang menyeluruh antara negara. Contoh stok tersebar luas ialah ikan tuna dan ikan sirip kuning.
pelagic fishikan pelagikPerikananTiadaIkan yang hidup di dalam lautan yang luas dan sebahagian besarnya berada di lapisan permukaan perairan. Ikan ini biasanya hidup berkelompok dalam kumpulan yang besar, sama ada untuk mencari makanan, bermigrasi atau membiak. Ikan pelagik terdiri daripada dua jenis, iaitu pelagik besar seperti ikan tuna dan mersuji, dan pelagik kecil seperti ikan kembung dan selar.
anchovybilisPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Engraulidae, genus Stolephorus, iaitu sejenis ikan yang berbadan panjang dan berwarna hijau kebiru-biruan. Saiznya kecil, iaitu antara 2 cm hingga 40 cm. Ikan bilis terdapat di kawasan pesisiran pantai dan ditangkap menggunakan pukat jerut bilis. Ikan ini biasanya diproses menjadi ikan bilis kering. Ikan bilis juga digunakan sebagai umpan hidup untuk mengibu ikan tuna yang ditangkap dengan menggunakan batang joran dan tali pancing. Lihat juga mengibu.
shared stockstok kongsiPerikananTiadaKumpulan ikan yang bebas bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain atau dari satu sempadan negara ke sempadan negara yang lain untuk bertelur atau mendapatkan sumber makanan. Penangkapan stok ikan secara berlebihan di sesuatu kawasan akan menjejaskan sumber stok di kawasan lain. Oleh itu, negara serantau yang terlibat biasanya bersetuju mengadakan satu polisi supaya stok sesuatu spesies ikan diurus dengan cekap. Contoh stok kongsi ialah ikan kembung, selayang dan ikan tuna.
longtail tunaaya hitamPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Thunnus tonggol, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian atas badannya berwarna biru gelap sehingga kehitam-hitaman, manakala bahagian bawah badannya berwarna putih keperak-perakan. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengolak atau merawai. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol dan aya.
frigate tunaaya selasihPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Auxis thazard, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna kebiru-biruan, bahagian perut berwarna putih, manakala bahagian atas kepalanya berwarna keungu-unguan gelap atau hampir hitam. Ikan jenis ini berenang dalam kumpulan besar pada musim tenang dan gemar memakan ikan pelagik kecil dan plankton. Tabiat ikan ini suka berkumpul di bawah objek terapung seperti batang kayu, peranti pengumpul ikan atau objek-objek lain. Ikan ini menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang suka melawan. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol selasih dan bakulan.
dogtooth tunaaya tenggiriPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Gymnosarda unicolor, iaitu sejenis ikan berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan dan di bahagian sisinya berwarna keperak-perakan. Saiz badannya boleh membesar sehingga 2.50 meter. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Aya tenggiri dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengerek (mengolak) atau merawai.
12

Kembali ke atas