Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Anak Melayu sayang Melayu,
     Mata melihat hatiku sayu;
Murah harganya sangat terlalu,
     Seperti ikan pari dan yu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
total coliformkoliform totalBiologiEkologiSpesies haiwan yang bersekutu dengan spesies lain untuk memperoleh makanan, tempat tinggal, dan perlindungan tanpa menyebabkan sebarang kerugian kepada pihak kedua. Misalnya, ikan remora yang melekatkan diri pada bahagian bawah ikan yu besar dengan pelekap di kepalanya, memakan sisa-sisa makanan ikan yu; ikan remora ini diangkut oleh ikan yu itu kemana-mana saja tanpa mencederakan ikan yu atau sebaliknya
tiger sharkyu tenggiriPerikananTiadaIkan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Galeocerdo cuvier, iaitu jenis ikan demersal yang berenang secara tidak berkumpulan. Bahagian atas badan yu tenggiri berwarna biru kehijauan dan bahagian bawah perutnya berwarna putih kekuningan. Kepala ikan ini berbentuk sedikit leper dan mempunyai lima liang insang serta dua sirip dorsal. Yu tenggiri merupakan ikan yu keempat terbesar dalam kelompok ikan yu dan boleh mencapai antara 385 kg hingga 635 kg dan panjang antara 3 m hingga 6 m. Yu tenggiri sangat ganas, berbahaya dan digelar yu pemakan manusia. Ikan ini biasanya terdapat di perairan tropika dan subtropika, kadangkala terdapat juga di perairan tempatan yang dalam, iaitu sehingga 900 meter. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan rawai.
whale sharkyu pausPerikananTiadaIkan yu daripada famili Rhincodontidae, spesies Rhincodon typus, iaitu jenis ikan luar pesisir yang berhijrah jauh di antara laut bebas dengan perairan negara dan kembali ke tempat asal pada musim membiak. Yu paus merupakan spesies ikan yang dilindungi. Badan ikan ini berwarna kelabu di bahagian atas dan bewarna putih di bahagian bawah. Terdapat tiga banjaran yang jelas pada sisi kanan dan kiri serta jaluran berbintik kuning di sekeliling badan. Mulutnya pula berada di bahagian depan muncung. Yu paus merupakan ikan yu terbesar yang boleh mencapai panjang 12 meter tetapi tidak berbahaya kepada manusia. Ikan ini hanya memakan plankton nekton melalui alat penyaring yang terdapat di dalam mulutnya. Yu paus bergerak secara bersendirian dan kadangkala bergerak secara berkumpulan, iaitu dalam lingkungan 100 ekor. Ikan ini biasanya berenang bersama-sama ikan pelagik seperti ikan skombrid dan boleh ditangkap dengan menggunakan tombak.
sicklefin weasel sharkyu bintik putihPerikananTiadaIkan yu daripada famili Hemigaleidae, spesies Hemigaleus microstoma, iaitu jenis ikan demersal yang tidak berkumpulan. Bahagian atas badan yu bintik putih berwarna kelabu keperangan dan bahagian bawah badan pula berwarna cerah. Yu bintik putih mempunyai muncung yang tajam, badan yang agak lonjong dan panjang, bintik putih di sisi badan dan hujung sirip dorsal kedua yang bertompok hitam. Ikan ini hidup di kawasan pantai dan juga di luar pantai dan ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut pantai, pukat tunda dasar atau rawai.
grey bamboo sharkyu cicak gempalPerikananTiadaIkan yu daripada famili Hemiscylliidae, spesies Chiloscyllium griseum, iaitu jenis ikan demersal yang tidak berkumpulan. Yu cicak gempal berwarna coklat kekuningan atau kelabu keperangan di bahagian atas dan kuning keputih-putihan di bahagian bawah. Ikan ini mempunyai dua sirip dorsal tanpa spina dan mulut yang pendek di bahagian depan mata serta muncung yang bulat. Ikan ini mendiami kawasan air yang cetek, berterumbu karang dan kadangkala memasuki muara sungai.
plankton feederpemakan planktonPerikananTiadaIkan yang mempunyai tabiat memakan plankton dengan cara menapis, iaitu membuka mulut semasa berenang dan kemudiannya, menapis air melalui insangnya. Contohnya, ikan yu, paus, bilis dan tamban. Sinonim pemakan menapis.
blacktip reef sharkyu sirip hitamPerikananTiadaIkan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Carcharhinus melanopterus, iaitu jenis ikan demersal yang berenang secara tidak berkumpulan. Yu sirip hitam bersaiz sederhana dan berwarna coklat keperangan di bahagian atas badan serta putih di bahagian bawah badan. Pada puncak sirip dorsal kedua, hujung sirip pektoral, hujung sirip pelvik dan hujung sirip anal ikan ini terdapat tompokan berwarna hitam. Muncungnya pula pendek dan bulat melebar dari pandangan bawah. Jarak dari hujung muncung ke mulut hampir sama dengan jarak di antara kedua lubang hidung. Gigi pada rahang atas adalah kecil, ramping, bengkok dan bergerigi pada pangkalnya. Gigi pada rahang bawah juga kecil, ramping, tegak dan ada yang senget manakala bahagian tepinya bergerigi halus. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan rawai atau joran.
whitecheek sharkyu pasir mulut lebarPerikananTiadaIkan yu daripada famili Carcharhinidae, Carcharhinus dussumieri, iaitu jenis ikan demersal yang tidak berkumpulan. Badan ikan ini berwarna hijau keputihan dan pipi berwarna putih serta hujung sirip dorsal kedua yang mempunyai tompok hitam. Ikan ini hidup di kawasan pelantar benua dan pesisir pantai. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut dasar, pukat tunda dasar atau rawai.
whitespotted guitarfishyu kemejanPerikananTiadaIkan yu daripada famili Rhinobatidae, spesies Rhynchobatus djiddensis, iaitu jenis ikan demersal yang tidak berkumpulan. Ikan ini berwarna kehijauan di bahagian atas, putih di bahagian bawah dan mempunyai muncung yang tajam dan sirip kaudal bawah yang pendek. Badannya berbentuk seperti gitar dan mempunyai tompok hitam sebesar biji mata di bahagian dasar sirip pektoral. Yu kemejan mendiami kawasan air yang cetek, berterumbu karang dan kadangkala memasuki muara sungai. Ikan ini merupakan ikan sasaran pemancing dan ditangkap dengan menggunakan pancing.
hammerhead sharkyu tukulPerikananTiadaIkan yu daripada famili Sphyrnidae, spesies Sphyrna lewini, iaitu jenis ikan pelagik pesisir pantai. Ciri yang paling ketara pada yu tukul ialah kepalanya yang berbentuk tukul serta mata dan hidungnya berada di bahagian hujung kepala. Yu tukul boleh mencapai panjang maksimum 4.3 m dan berat maksimum 150 kg. Ikan ini gemar memakan ikan sardin, kembung, tamban dan sotong dan tidak agresif atau berbahaya kepada manusia. Yu tukul boleh ditangkap dengan menggunakan rawai, pancing serta pukat hanyut. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana ia mampu memberikan tentangan kepada pemancing.
12

Kembali ke atas