Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.ti.sas] | اختصاس

Definisi : 1. utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~; 2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan; mengikhtisaskan menanamkan sikap profesional: salah satu masalah yg terus terpendam adalah utk ~ dan memodenkan kaum Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ikhtisas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan profesional, kompeten, cekap, berkelayakan, berkelulusan, mahir, terlatih.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
professional advertisingpengiklanan ikhtisasKomunikasiKorporatPengiklanan yang disasarkan kepada kumpulan ikhtisas, seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan, dan arkitek. Kandungan iklan ini boleh dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Iklan dalam bentuk perkhidmatan adalah seperti penawaran khidmat ikhtisas lain yang boleh membantu kecekapan pengurusan kelompok tersebut. Antara perkhidmatan tersebut termasuklah perkhidmatan membaik pulih peralatan perubatan, perkhidmatan pakar perisian komputer, dan sebarang bentuk pengurusan ikhtisas lain seperti khidmat perundingan penyelidikan yang diperlukan oleh kumpulan ikhtisas. Contoh iklan barangan untuk kumpulan ikhtisas ialah jenis ubat dan peralatan perubatan terbaru di pasaran untuk golongan doktor dan pakar perubatan. Terdapat juga perkhidmatan yang berkaitan dengan perisian pengurusan baru yang dicipta untuk mempercekap pengurusan bidang ikhtisas. Semua barangan dan perkhidmatan boleh diiklankan dengan menggunakan pendekatan dan saluran pengiklanan yang biasa diamalkan. Kadar kos yang dikenakan bagi setiap iklan adal
professional ethicsetika ikhtisasPentadbiranPentadbiran AwamLihat etika profesional.
semiprofessional occupationpekerjaan separa ikhtisasGeografiTiadaTiada
semiprofessional occupationpekerjaan separa ikhtisasSosiologiTiadaTiada
accounting feefi perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaBayaran perkhidmatan ikhtisas kerana menyediakan rekod urus niaga kewangan sesebuah organisasi.
architectarkitekKesenianSeni BinaOrang yang berkelayakan dari segi akademik dan ikhtisas untuk mereka bentuk bangunan atau binaan lain bagi pelbagai tujuan tertentu. Arkitek juga bertanggungjawab untuk mengawasi dan memperakukan kerja binaan bangunan yang direkanya sehingga siap untuk dihuni. Arkitek merupakan orang yang dipertanggungjawabkan di bawah peruntukan perundangan terhadap kekukuhan struktur binaan dan keselamatan penghuni yang mendiami bangunan berkenaan.
Hoover CommissionSuruhanjaya HooverSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan yang bebas daripada pengaruh parti politik. Anggotanya terdiri daripada pakar dalam bidang perniagaan dan ikhtisas, dan diketuai oleh bekas presiden Amerika Syarikat, Herbert C. Hoover. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada tahun 1947 di bawah Undang-Undang Awam 162 (kongres ke-80) bertujuan untuk memeriksa dan menambah baik struktur dan praktis badan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Antara tahun 1949 � 1955, hampir sebahagian daripada saranan yang dikemukakan oleh pasukan petugas telah diterima pakai oleh pihak kerajaan.
anaesthetistpakar anestesiaPerubatanTiadaDoktor perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang anestesia. Gelaran ini hanya diiktiraf oleh kerajaan atau universiti sekiranya doktor tersebut mempunyai kelulusan ikhtisas tertinggi dalam bidang anestesia. Sinonim pakar bius.

Kembali ke atas