extreme climate | iklim melampau | Geografi | Tiada | Iklim-iklim yang mempunyai perbezaan yang sangat ketara di antara nilai paling tinggi dan paling rendah unsur-unsur atmosfera pada tempoh tertentu seperti harian, bulanan, musiman, tahunan atau mutlak. |
climatology | klimatologi | Geologi | Tiada | Kajian saintifik ke atas taburan dan faktor-faktor yang mengawal iklim-iklim dunia. |
microclimate | iklim mikro | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan fizikal atmosfera yang berhampiran dengan suatu kawasan kecil permukaan bumi, biasanya berkaitan dengan jirim hidup seperti tumbuhan atau serangga. Berbeza dengan iklim, iklim mikro umumnya dikaitkan dengan suatu tempoh yang singkat. |
physical climate | iklim fizikal | Geografi | Tiada | Iklim sebenar sebuah kawasan berbanding dengan iklim hipotetikal seperti iklim solar atau iklim matematik. |
climatic zone | zon iklim | Sains | Hidrometeorologi | Jalur permukaan bumi yang iklimnya secara umum homogen dalam beberapa segi; kawasan kecil dalam pengelasan iklim yang mudah. Zon iklim yang asalnya disempadani Garisan Sartan dan Garisan Jadi dan Bulatan Arktik dan Antartika; termasuk zon panas, dua zon sederhana dan dua zon sejuk. Dalam keadaan ini zon merupakan pembahagi iklim secara matematik, tetapi zon iklim boleh juga ditakrifkan mengikut iklim sebenar. Zon iklim ditakrifkan juga sebagai kawasan yang mengandungi satu jalur panas, dua jalur sederhana dan dua kawasan sejuk kutub. |
dry summer subtropical climate | iklim hampir tropika musim panas kering | Geografi | Tiada | Iklim kering zon subtropika merupakan perantaraan di antara iklim tropika kering dan iklim sederhana kering. |
climatic change | perubahan iklim | Sains | Hidrometeorologi | Perubahan ketara iklim yang terlihat dalam iklim sesuatu daerah di antara dua jangka waktu rujukan. |
climatic index | indeks iklim | Sains | Hidrometeorologi | Nombor yang mencirikan iklim sebagai fungsi unsur iklim utama. |
genetic classification of climate | pengelasan/ genetik iklim | Geografi | Tiada | Pengelasan iklim mengikut unsur - unsur iklim yang sama. |
hot and dry | panas kering | Geografi | Tiada | Jenis iklim tropika kering yang boleh dibahagikan kepada iklim gurun panas dan iklim steppe panas mengikut pengelasan Koppen dimana sejatan sentiasa melebihi kerpasan. |