Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.ba.lan] | ايمبلن

Definisi : bayaran (upah) utk membalas jasa orang, ganjaran, honorarium: sbg ~, akan kunyanyikan untukmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imbalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aetainer (fee)tempahan; bayaran peguamSejarahTiadaBayaran peguam: Bayaran yang diberikan kepada peguam sebagai imbalan perkhimatan undang-undang yang diberikannya.
no claim discountdiskaun tanpa tuntutanPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan yang diberikan kepada premium pembaharuan sebagai imbalan kerana tidak ada tuntutan untuk tempoh perlindungan insurans yang lepas.
no claim bonusbonus tanpa tuntutanPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan yang diberikan kepada premium pembaharuan sebagai imbalan kerana tidak ada tuntutan untuk tempoh perlindungan insurans yang lepas.
hired carkereta sewaPentadbiran PerniagaanTiadaKenderaan yang dipinjamkan kepada orang lain untuk kegunaan sementara dengan sesuatu imbalan. Kenderaan yang tempat tujuannya ditentukan oleh tuan punya semasa kenderaan itu disewakan untuk pengangkutan tidak dianggap sebagai kereta sewa.
reducing optionopsyen mengurangPentadbiran PerniagaanTiadaOpsyen dalam skim pencen kepada pesara untuk menerima pencen yang lebih rendah imbalan kepada pencen yang lebih tinggi kepada pasangannya apabila pesara meninggal dunia.
policy contractkontrak polisiPentadbiran PerniagaanTiadaPerjanjian di antara insurer dengan pihak yang diinsuranskan yang insurer bersetuju, berdasarkan sesuatu imbalan untuk memberi faedah, membayar ganti rugi, atau memberi khidmat kepada pihak yang diinsuranskan. Polisi adalah kontrak bertulis.
deductible coverage clausefasal perlindungan deduktibelPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan bagi insured untuk menanggung sendiri kerugian sehingga jumlah yang ditetapkan sebagai imbalan ke atas penurunan kadar premium.
market value clausefasal nilai pasaranPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan yang mungkin digunakan dalam beberapa bentuk Insurans Harta, untuk memastikan insurer membayar imbalan kepada pihak yang diinsuranskan pada harga pasaran dan bukan harga kos seperti yang biasanya terdapat dalam Polisi Kebakaran Standard. Polisi ini disediakan untuk pengilang barangan siap dan bukan untuk pemborong atau peruncit.
disguised advertisingperiklanan selindungKomunikasiTiadaPeriklanan yang mengandungi tujuan propaganda terhadap barangan atau untuk mempopularkan seseorang. Jenis periklanan seperti ini diselenggarakan secara rasmi dengan membayar kepada media massa dan terdapat juga yang diselenggarakan dengan cara memberi imbalan kepada wartawan.

Kembali ke atas