Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.bas.im.bas] | ايمبس٢

Definisi : hampir sama (serupa), seakan-akan: anak itu ada ~ rupa ayahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
imbas
Kata Terbitan : seimbas, imbas-imbas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scanning spotbintik imbasFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Titik pada faksimili yang berbentuk segi empat sama dan mempunyai dimensi sama dengan kelebaran garis imbas. 2. Titik garis imbas pada skrin telivisyen yang dimensinya sama dengan kelebaran garis nominal.
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res.
scintiscanimbas kelipKejuruteraanTiada2. Imbas kelip: Gambar yang diperolehi daripada proses sintigrafi.
castayun imbasSukanTiada1. Ayun imbas: Ayunan mengimbas badan ke atas yang dilakukan dengan sokongan depan di atas palang.
flashforwardimbas depanKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada pembaca tentang apa yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan pembaca atau membolehkan pembaca menerima apa yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan. Lihat juga pemikat naratif.
flashbackimbas kembaliKesenianDrama dan TeaterTeknik penceritaan yang digunakan dalam drama atau teater untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot kebelakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbualan.
flash forwardimbas depanKesenianDrama dan TeaterTeknik penceritaan yang digunakan dalam drama atau teater untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada penonton tentang perkara yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan penonton atau membolehkan penonton menerima perkara yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan.
influence linegaris imbasKejuruteraanKejuruteraan BangunanGaris yang digunakan untuk menganalisis kesan bebanan terhadap rasuk. Lengkung garisan imbas dilukis mengikut rentang rasuk yang ditentukan.
scanconverterpenukar imbasTeknologi MaklumatTiadaKad penyesuai yang digunakan untuk menukar isyarat digital komputer kepada isyarat analog yang diperlukan sebagai input televisyen. Penukar imbas digunakan untuk memaparkan imej digital komputer di televisyen.
scanconverterpenukar imbasTeknologi MaklumatTiadaKad penyesuai yang digunakan untuk menukar isyarat digital komputer kepada isyarat analog yang diperlukan sebagai input televisyen. Penukar imbas digunakan untuk memaparkan imej digital komputer di televisyen.
12345678

Kembali ke atas