Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.plé.mén.tasi] | ايمڤليمينتاسي

Definisi : (impléméntasi) proses melaksanakan (mengusahakan) sesuatu, pelaksanaan; mengimplementasikan melaksanakan, menjalankan, menunaikan (tugas, usaha, dll): utk ~ projek-projek yg telah lama dirancangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata implementasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recodepengekodan semulaTeknologi MaklumatPerisianPerubahan yang dilakukan kepada ciri yang terdapat dalam fasa implementasi. Contohnya, perubahan pada peringkat kod sumber ialah penterjemahan bahasa dan penstrukturan aliran kawalan. Perubahan lain termasuklah penyeragaman piawaian pengekodan, mempertingkat kebolehbacaan kod sumber dan penamaan semula butiran pengaturcaraan.
all points addressable (APA) modemod boleh alamat semua titikTeknologi MaklumatTiadaSuatu mod (kaedah) implementasi grafik yang menggunakan koordinat menegak dan mengufuk untuk mencipta imej grafik. Setiap titik atau dot pada grafik tersebut boleh dirujuk dan seterusnya boleh dimanipulasi seperti mengubah paras kelabu warna. Mod ini selalunya digunakan dalam peta bit. Lihat peta bit.
storage virtualizationkemayaan storanTeknologi MaklumatPerisianProses pengabstrakan storan logik daripada storan fizikal. Pengabstrakan ini melibatkan sebarang lapisan dalam perisian dan perkakasan storan. Kemayaan storan membantu mencapai sebarang lokasi melalui pengabstrakan lokasi fizikal data tersebut. Sistem kemayaan memberikan pengguna ruang logik storan data dan seterusnya mengendalikan proses pemetaan kepada lokasi fizikal yang sebenar. Pemetaan ini bergantung pada implementasi yang dipilih dan kadangkala mengehadkan keupayaan peranti tersebut.

Kembali ke atas