necessary condition | syarat perlu | Matematik | Tiada | Akibat dalam pernyataan yang berbentuk implikasi. Diberi implikasi “Jika p, maka q”, “q” dikatakan syarat perlu bagi “p”. Contoh: “Jika segi empat ABCD ialah segi empat sama, maka setiap sudutnya ialah sudut tegak.” “Setiap sudutnya ialah sudut tegak” merupakan syarat perlu bagi “segi empat ABCD ialah segi empat sama”. |
sufficient condition | syarat cukup | Matematik | Tiada | Antejadian atau hipotesis dalam pernyataan yang berbentuk implikasi. Diberi implikasi “Jika p, maka q”, “p” dikatakan syarat cukup untuk “q”. Contoh: “Jika x ialah gandaan 4, maka x nombor genap”. “x ialah gandaan 4” merupakan syarat cukup bagi “x nombor genap”. |
deMorgan's theorem | teorem deMorgan | Kejuruteraan | Tiada | Teorem yang menyatakan bahawa penyongsangan bagi siri implikasi AND sama dengan siri yang sama bagi implikasi OR songsang, ataupun penyongsangan siri implikasi OR sama dengan siri yang sama bagi implikasi AND songsang, iaitu A . B . C = A + B + C atau A + B + C = A. B. C |
implication | implikasi | Matematik | Tiada | Pernyataan majmuk yang berbentuk “Jika p, maka q”, dengan p dan q mewakili pernyataan. Dalam implikasi, “Jika p, maka q”, pernyataan “p” dikenali sebagai antejadian atau hipotesis dan pernyataan “q” dikenali sebagai akibat. Contoh: Implikasi Antejadian atau hipotesis Akibat Jika awan mendung, maka semua kedai tutup awan mendung semua kedai tutup Jika segi tiga ABC sama sisi, maka semua sudutnya sama segi tiga ABC sama sisi semua sudutnya sama Jika sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama, maka sisi empat ABCD ialah suatu segi empat tepat sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama sisi tempat ABCD ialah suatu segi empat tepat Perhatikan semua contoh ini berbentuk implikasi, tetapi tidak semuanya pernyataan benar. |
consequence | akibat | Matematik | Tiada | Pernyataan yang diimplikasikan oleh satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi “Jika p, maka q”, pernyataan “q” ialah akibat. Bandingkan antejadian. Lihat juga implikasi. |
antecedent | antejadian | Matematik | Tiada | Pernyataan yang mengimplikasikan satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi “Jika p, maka q”, pernyataan “p” ialah antejadian. Bandingkan akibat. Sinonim hipotesis. Lihat juga implikasi. |
implication | implikasi | Fizik | Tiada | Tiada |
implication | implikasi | Linguistik | Tiada | Tiada |
implication | implikasi | Matematik | Tiada | Tiada |
implication | implikasi | Pendidikan | Tiada | Tiada |