Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pro.vi.sa.si] | ايمڤروۏيساسي

Definisi : 1. perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja: bangsawan dipersembahkan secara ~, memusatkan kebijaksanaan seseorang pelakon, dan pelakonlah sendiri yg mengatur aksi dan dialognya; 2. sesuatu yg dihasilkan tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja; mengimprovisasi 1. membuat improvisasi: beliau menubuhkan kumpulannya dgn meminjam atau menyewa boneka drpd kumpulan lain dan ~ alat-alatnya drpd tin dan tong sbg gendang; 2. menggubah lagu, gurindam dsb ketika sedang bermain, membaca dsb, menggubah tanpa persediaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata improvisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
improvisationimprovisasiKesusasteraanTiadaPerlakuan secara spontan oleh seseorang pelakon dalam sesuatu seni persembahan. Contohnya dalam persembahan drama, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pelakon harus tahu menanganinya secara improvisasi, iaitu melakukan gerak, aksi atau ucap yang boleh memberikan reaksi sewajarnya terhadap kejadian yang tidak dijangka itu. Improvisasi berasal daripada perkataan Latin improvisus yang bermaksud �tanpa persediaan�.
improvizationimprovisasiKesusasteraanTiadaGaya persembahan muzik atau vokal secara hafalan dan kreatif dengan membuat penambahan kepada not hiasan ke atas lagu yang sedia ada.
improvizationimprovisasiKesenianTiadaGaya persembahan muzik atau vokal secara hafalan dan kreatif dengan membuat penambahan kepada not hiasan ke atas lagu yang sedia ada.
improvizationimprovisasiKesusasteraanTiada1. Suatu karya yang diperbaiki oleh penyalin atau penutur dalam masa yang berlainan atau oleh penyalin yang berlainan. Contoh: cerita lipur lara yang dibaiki oleh penuturnya untuk disesuaikan dengan keadaan atau naskhah yang dibaiki oleh penyalin dengan tujuan yang sama.
improvisationimprovisasiMuzikTiada

 Teknik seni persembahan yang spontan tanpa persediaan terlebih dahulu. Kebanyakan muzik jazz bercorak impro­visasi. Contohnya, gubahan jazz oleh Miles Davis (1926-1991), Benny Goodman (1909-1986), dan Louis Arm­strong (1901-1971).

improvisationimprovisasiKesenianDrama dan Teater1. Teknik lakonan yang menyesuaikan sesuatu suasana baharu secara spontan dalam persembahan drama. 2. Teknik latihan lakonan yang menguji tindak balas pelakon untuk membantu mengembangkan watak dan pergerakan di atas pentas.
Commedia dell�artecommedia dell�arteKesusasteraanTiadaBentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin.
gusheh (Ar)gushehKesenianTiadaSistem improvisasi Parsi.
avazavazMuzikTiada

 Improvisasi vokal bagi mengiringi puisi dalam muzik klasik Iran. Avaz biasanya tidak bermeter dan dinyanyikan mengikut irama puisi dan agak sama dengan gazel di negara Turki dan mawwal di negara Arab.

bountade (F)boutadeKesenianTiadaMuzik atau tari improvisasi dalam abad kelapan.
1234

Kembali ke atas