inang | inang | Muzik | Tiada | Lagu dan tarian sosial sinkretik Melayu yang rancak. Lagu inang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Rentak inang mengiringi tarian piring, tarian lilin dan tarian payung. Lagu inang diiringi ensembel asli atau ronggeng. Alat muzik yang mengiringi inang merangkumi biola, akordian, rebana dan gong. Lagu inang mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B. Baha
| maid servant | dayang | Kesenian | Drama dan Teater | Watak wanita yang menjadi orang suruhan dalam istana atau pembantu golongan bangsawan. Dalam persembahan Makyung, dayang dikenali sebagai inang. Sinonimkembang cina. |
irama Malaysia | irama Malaysia | Muzik | Tiada | Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu Hijau oleh Zainal Abidin, Cindai oleh Siti Nurhaliza, dan Dikir Puteri oleh Noraniza Idris. Lihat juga muzik popular, world music. |
dangdut | dangdut | Muzik | Tiada | Muzik popular di Indonesia yang dipengaruhi muzik pop Hindustani. Istilah dangdut merujuk kepada bunyi pukulan gendang pada bit keempat, iaitu dang dan pukulan pada bit pertama, iaitu dut. Di Malaysia, dangdut menggabungkan alat muzik India seperti tabla dan sitar dengan alat muzik Barat seperti gitar dan papan nada. Dangdut Malaysia berentak inang dengan gaya nyanyian pop Hindustani. |
mekmulung | mekmulung | Muzik | Tiada | Dramatari rakyat yang terdapat di Kampung Wang Tepus, utara Kedah. Mekmulung mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental serta dipersembahkan untuk hiburan dan menyembah guru. Cerita asasnya tentang dewa muda dan juga cerita Melayu lain. Watak penting dalam dramatari ini ialah Pak Mulung, Mek Mulung, peran, pengasuh dan inang. Ensembel mekmulung terdiri daripada alat muzik gong, kecerek, rebana ibu, rebana penganak, rebana peningkah dan serunai. |
syncretic | sinkretik | Muzik | Tiada | Muzik vokal dan instrumental yang menggabungkan pelbagai unsur muzik seperti muzik Melayu, Arab, Parsi, India, Cina dan Barat. Muzik sinkretik ini biasanya dipersembahkan dalam majlis sosial seperti perkahwinan dan teater bangsawan di Malaysia. Contoh muzik sinkretik ialah ghazal, dondang sayang, ronggeng, asli, inang, joget dan masri. Sinonim muzik sinkretik. |
joget stage | pentas joget | Muzik | Tiada | Persembahan tarian di taman hiburan di Malaysia pada tahun 1930-an hingga tahun 1960-an. Tetamu lelaki membeli kupon untuk menari dengan perempuan joget yang diiringi ensembel ronggeng atau orkestra Melayu. Lagu yang dimainkan termasuklah joget, inang, masri, rhumba dan cha-cha-cha. Lihat juga joget, ronggeng, branyo, orkestra Melayu. |
ronggeng | ronggeng | Muzik | Tiada | Tarian, muzik sosial dan muzik sinkretik yang melibatkan golongan lelaki dan perempuan menari sambil berpantun. Ronggeng dipersembahkan oleh orang Melayu dan Baba dalam majlis perayaan seperti majlis perkahwinan. Tetamu lelaki dijemput untuk menari bersama-sama dengan penari perempuan. Ronggeng diiringi alat muzik seperti biola, akordion, rebana dan gong. Repertoirnya merangkumi lagu asli, joget, inang, masri, dondang sayang, keroncong, rhumba, cha-cha-cha dan lagu popular. Ronggeng dikenali juga sebagai joget. |