compound twin | kembar majmuk | Geologi | Tiada | Individu-individu dari satu kumpulan mineral yang bersatu mengikut dua hukum kembar atau lebih. |
inbreeding | pembiakbakaan dalam; biak sebaka | Perubatan | Tiada | Penghasilan progeni atau anak dengan mengacukkan individu-individu yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat. |
haqq | hak | Perniagaan Islam | Tiada | Kekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu, entiti atau jawatan. Kekuasaan ini diberi oleh individu terhadap individu tertentu atau harta tertentu. Contoh kekuasaan bagi individu terhadap individu tertentu ialah hak penguasaan (wilayah) ibu bapa terhadap pendidikan anak-anaknya dan hak perwalian dalam perkahwinan. Contoh kekuasaan individu terhadap harta tertentu ialah hak pemilikan (haqq milkiyyah) dalam kes pemunyaan suatu harta, hak menikmati barang sewaan (haqq intifa‘), hak memiliki (haqq tamalluk) dalam kes hak shuf‘ah, hak penguasaan terhadap harta (haqq wilayah ‘ala mal) dalam kes pentadbiran harta anak-anak yang masih kecil oleh penjaga atau ibu bapanya atau kes pengurusan harta anak yatim. Contohnya, dalam jual beli, penjual berhak mendapatkan wang daripada pembeli dan pembeli berhak mengembalikan barangan yang dibeli sekiranya didapati rosak setelah diterima daripada penjual. Sinonim sultah, haqq intifa‘,haqq milkiyyah, haqq wilayah ‘ala mal. |
bradygenesis | bradigenesis | Geologi | Tiada | Perencatan perkembangan kumpulan organisma yang secara beransur-ansur mungkin menyebabkan individu-individu tertentu tidak mencapai kadar pertumbuhan normal dari segi sifatnya. |
social distance | jarak sosial | Kesusasteraan | Tiada | 1. Darjat pengertian yang bersifat relatif yang dijadikan ukuran dekat jauhnya hubungan antara individu-individu atau kelompok.,2. Keadaan tidak adanya saling pengertian antara pihak-pihak yang mengadakan interaksi sosial. |
administrative competence | kecekapan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan individu, kumpulan individu atau organisasi yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran yang dilakukan dengan cekap, cepat, tepat dan sempurna, dengan cara yang menjimatkan . Kecekapan ini merupakan tahap pencapaian tertinggi yang perlu diusahakan oleh kakitangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan menggunakan sumber yang ada secara optimum. Terdapat tiga peringkat utama, iaitu peringkat individu atau kumpulan individu, peringkat organisasi atau jabatan dan peringkat kerajaan atau negara. Kecekapan pentadbiran juga berkait rapat dengan kos, iaitu penggunaan kos yang minimum untuk mengeluarkan output semaksimum yang diingini. |
administrative authority | autoriti pentadbiran | Pentadbiran | Tiada | Ketentuan atau hak yang menyatakan sejauh mana kuasa yang ada pada individu atau kumpulan individu dalam pengurusan pentadbiran. Hak ini tertakluk kepada kedudukan, jawatan dan pembahagian bidang tugas. Melalui bidang kuasa yang ada pada sesebuah organisasi, individu atau kumpulan individu membolehkannya membuat keputusan penting atau muktamad yang berkaitan dengannya. Pada kebiasaannya, semakin tinggi kedudukan seseorang individu dalam sesebuah organisasi, semakin luas bidang kuasa yang ada pada individu tersebut, atau sebaliknya. |
allo-transplantation | pengalopindahan | Perubatan | Tiada | Pemindahan tisu dari satu individu ke individu lain. |
microtransfusion | mikrotransfusi | Perubatan | Tiada | Penyuntikan atau pemberian darah seseorang individu kepada individu lain dalam jumlah yang kecil. |
iqrad | perhutangan | Perniagaan Islam | Tiada | Pinjaman wang atau barangan oleh individu kepada individu lain, dengan syarat dibayar balik dengan nilai atau barang yang sama jenis. Contohnya, “Saya memberi hutang sebanyak RM100 dan awak perlu membayar balik dengan jumlah yang sama pada minggu hadapan” dan dijawab “Saya terima”. |