Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini diperbuat daripada gangsa dan berbentuk periuk kecil berbusut. Sepasang gong kecil ini terletak di dalam rangka kayu dan dipukul dengan sepasang pemukul kayu yang berbalut dengan tali tebal. Ketuk berfungsi sebagai alat penanda masa bersama-sama dengan alat kempyang dalam muzik gamelan Jawa di Indonesia.
Thanks for clicking. That felt good.