Industrial Technical Assistance Fund | Dana Bantuan Teknik Perindustrian | Ekonomi | Tiada | Kumpulan wang yang ditubuhkan bagi tujuan memberi geran kepada industri-industri tertentu, seperti industri kecil dan sederhana, untuk membantu mengembangkan industri berkenaan dalam bidang-bidang tertentu dengan syarat-syarat tertentu. |
industrial restructuring | susun semula industri | Ekonomi | Tiada | Dasar dan strategi untuk mengubah semula struktur industri untuk mencapai matlamat jangka panjang, seperti mengubah penumpuan industri penggantian import kepada industri perkembangan eksport, daripada industri ringan kepada industri berat, daripada industri berteknologi rendah kepada yang berteknologi tinggi, dan dari bandar ke luar bandar. |
restructuring of industry | penyusunan semula industri | Ekonomi | Tiada | Dasar dan strategi untuk mengubah semula struktur industri untuk mencapai matlamat jangka panjang, seperti mengubah penumpuan industri penggantian import kepada industri perkembangan eksport, daripada industri ringan kepada industri berat, daripada industri berteknologi rendah kepada yang berteknologi tinggi, dan dari bandar ke luar bandar. |
manufacturing industry | industri perkilangan; industri pembuatan | Geografi | Tiada | Bahagian perindustrian yang mengubah arangan industri primer kepada keluaran barangan buatan. |
forest research | penyelidikan hutan | Perhutanan | Tiada | Penyelidikan yang dilakukan bagi memperoleh pengeluaran khazanah hutan daripada hutan simpan kekal dengan seberapa banyak yang boleh secara berkekalan dan juga untuk meluaskan lagi taraf penggunaan kayu serta mengembangkan industri-industri keluaran hutan. |
creative director | pengarah kreatif | Komunikasi | Korporat | Jawatan yang diwujudkan dalam industri kandungan kreatif. Antara industri kreatif termasuklah industri penerbitan rancangan untuk penyiaran, perfileman, pengiklanan, penerbitan pentas (seperti teater dan pertunjukan hiburan), dan persembahan sesuatu pameran. Dalam pengiklanan, penjawat jawatan ini mengetuai suatu jabatan yang memberikan perhatian terhadap keperluan kreatif dalam persembahan akhir sesuatu iklan, sama ada iklan cetak, elektronik, atau filem. Individu ini juga bertanggungjawab untuk menjelaskan konsep sesuatu rekaan atau penerbitan iklan kepada pelanggan. Peranan pengarah kreatif adalah menguruskan penghasilan idea, menjelmakan idea dalam bentuk karya kreatif dalam bentuk elektronik dan bercetak, serta memastikan karya memenuhi keperluan pelanggan. Individu tersebut bertanggungjawab untuk menentukan semua unsur kreatif, seperti bentuk, ruang, warna, pergerakan, fon, kontras, bahasa, pemilihan perkataan, dan persembahan keseluruhan. Individu ini bukan sahaja perlu memastikan sesuatu naskhah iklan |
forest research | penyelidikan hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Penyelidikan yang dilakukan bagi memperoleh pengeluaran khazanah hutan daripada hutan simpan kekal dengan seberapa banyak yang boleh secara berkekalan dan juga untuk meluaskan lagi taraf penggunaan kayu serta mengembangkan industri-industri keluaran hutan. |
manufacturing industry | industri perkilangan; industri pembuatan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
industrial economics | ekonomi industri | Ekonomi | Tiada | Bidang kajian atau disiplin yang meneliti dan memberi fokus kepada analisis firma industri, struktur industri dan organisasi pasarannya, dan secara lebih luas melibatkan juga analisis dasar perindustrian, alat-alat dasar, dan kesannya terhadap pembangunan ekonomi keseluruhannya. |
primary industry | industri peringkat pertama; industri utama | Geografi | Tiada | Industri yang mengusahakan bahan yang dibekalkan oleh alam semula jadi seperti pertanian, perlombongan, perikanan, perhutanan dan sebagainya. |