inertia governor | pengawal imbang inersia/governor inersia | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Pengawal imbang empar jenis aci yang menggunakan lengan berpemberat pangsi sipi yang bertindak pantas terhadap turun naik laju akibat inersianya. |
inertial stress | tegasan inersia | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Daya inersia yang bertindak per unit keluasan permukaan bendalir. Daya inersia ialah komponen persamaan gerakan yang mengandungi ru. (r = ketumpatan, u = halaju). Tegasan inersia berhubung kait dengan pemindahan momentum disebabkan oleh pengaliran pukal bendalir. |
kinetic diagram | gambar rajah kinetik | Kejuruteraan | Tiada | Gambar rajah jasad yang menunjukkan daya inersia dan momen inersia yang bertindak pada jasad itu pada ketika yang tertentu. |
inertial force | daya inersia | Sains | Hidrometeorologi | Daya di dalam suatu sistem koordinat tertentu yang terbentuk daripada inersia suatu kompok bergerak berbanding dengan sistem koordinat lain. Sebagai contoh, pecutanCoriolis di suatu kompok yang bergerak dibandingkan dengan sistem koordinat yang ditetapkan di ruangan menjadi daya inersia; daya Coriolis, di dalam satu sistem koordinat berputar bersama bumi. |
moment of inertia | momen inersia | Sains Sukan | Biomekanik | Tahap kesukaran sesuatu jasad untuk diputarkan ketika pegun, atau tahap kesukaran sesuatu jasad yang sedang berputar untuk dihentikan. Secara matematiknya, momen inersia ialah hasil darab jisim sesuatu jasad dengan kuasa dua jarak jasad ke paksi putaran. Formula : I = mr2 dengan, I = momen inersia (kg m2) m = jisim (kg) r = jarak (berserenjang) dari jisim jasad ke paksi putaran. |
inertial force | daya inersia | Kejuruteraan | Tiada | Rintangan suatu jisim melawan perubahan gerakan disebabkan oleh inersia. |
nucleus fundamental moment of inertia | momen inersia dasar nukleus | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Momen inersia dasar sesuatu nukleus I0 yang dianggarkan sebagai I0 = m0 (REQ)2, dengan m0 = jisim terturun dua nukleus, REQ = koordinat nukleus dalam keseimbangan. |
symmetrical top | gasing bersimetri | Fizik | Mekanik Kuantum | Gasing yang mempunyai momen inersia di sekitar paksinya yang serenjang dengan paksi jasad. Momen inersia ini mempunyai nilai sama. |
principal axis | paksi utama | Sains Sukan | Biomekanik | Paksi yang menyatakan bahawa momen inersia sesuatu objek adalah paling besar. Lihat juga momen inersia. |
law of inertia | hukum inersia | Sains Sukan | Biomekanik | Hukum Newton Pertama yang menyatakan bahawa sesuatu jasad berkecenderungan untuk mengekalkan sifat pergerakan asalnya sehingga terdapat satu daya luar yang bertindak ke atas sistem tersebut. Inersia berkadar terus dengan jisim jasad. |