gain access | laluan akses | Pergigian | Tiada | Langkah permulaan dalam prosedur untuk menggerudi gigi. Langkah ini penting kerana ia menyediakan laluan bagi prosedur seterusnya dalam membuat restorasi. Ia dibuat dengan menggunakan bur bulat yang kecil untuk mengurangkan pembuangan struktur gigi yang sihat. Ini adalah kerana kadangkala capaian akses ke struktur gigi yang berkaries perlu dibuat menerusi struktur gigi yang sihat. |
United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) | Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Bangsa- Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Agensi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1962. Antara faktor yang menyebabkan wujudnya persidangan ini adalah kerana ketidakpuasan hati kebanyakan negara sedang membangun dengan sokongan terhad yang diperoleh daripada beberapa saluran antarabangsa untuk membantu mereka mencapai matlamat ekonomi. Persidangan ini didominasikan oleh Kumpulan 77, iaitu satu penyatuan yang kukuh antara negara sedang membangun. Walaupun penyatuan ini sekarang merangkumi lebih kurang 125 negara, mereka masih dikenali sebagai Kumpulan 77. Agensi ini berfungsi sebagai saluran bagi negara membangun dalam memajukan kepentingan mereka bersama. Terdapat pelbagai permintaan yang dikemukakan oleh agensi ini dalam resolusi yang diluluskannya. Contohnya, resolusi menstabilkan harga komoditi utama melalui persetujuan antarabangsa dan mengurangkan tarif serta halangan perdagangan lain terhadap komoditi utama. Sinonim UNCTAD. |
access number | nombor capaian | Teknologi Maklumat | Tiada | Nombor telefon tempatan yang digunakan untuk mendail ke pembekal khidmat Internet. Nombor telefon tempatan adalah penting kerana ini membolehkan pengguna menjelajahi Internet, mendapat maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain di seluruh dunia dengan hanya membuat panggilan tempatan. Contohnya di Malaysia, pengguna mendail 1511 untuk perkhidmatan Jaring dan 1515 untuk perkhidmatan TMNet. |
macrovirus | makrovirus | Teknologi Maklumat | Perisian | Sejenis virus komputer yang dikaitkan dengan pengaturcaraan makro yang digunakan dalam aplikasi pejabat seperti Microsoft Excel. Virus jenis ini adalah berbahaya kerana boleh dijangkiti dengan hanya membuka dokumen yang mengandungi pengaturcaraan makro. |
kinetic energy | tenaga kinetik | Fizik | Moden | Tenaga yang timbul kerana gerakan jasad. Menurut mekanik klasik, tenaga ini adalah sama dengan setengah jisim jasad didarabkan dengan kuasa dua halajunya, dan dinyatakan sebagai E = ½ mv2. |
tariff | tarif | Teknik | Elektrik | Skala bayaran yang dikenakan kerana menerima sesuatu perkhidmatan, contohnya tarif penggunaan tenaga elektrik. Tujuan tarif ini adalah untuk menampung perbelanjaan awal dan penyelenggaraan di samping perkhidmatan tenaga elektrik yang diterima oleh pengguna. Tiga jenis tarif yang utama ialah tarif kadar sama rata (sekata), tarif kadar dua bahagian, dan tarif kadar blok. Contohnya, rumah kediaman menggunakan tarif kadar blok. |
flavanone | flavanon | Herba | Fitokimia | Sebatian flavonoid yang dicirikan oleh gelang fenil yang terikat kepada unit kromana pada C-2. Perbezaan sebatian ini dengan flavon adalah kerana terdapatnya ketaktepuan pada ikatan C-2 dan C-3. Contoh sebatian ini ialah pinosembrin yang didapati daripada pokok gajah beranak (Goniothalamus schortechinii). Banding flavon. |
commisural pits | liang komisural | Pergigian | Tiada | Kecacatan pada kawasan pertemuan antara bibir atas dengan bibir bawah mulut yang membentuk liang di kawasan ini. Kecacatan ini berlaku disebabkan gangguan semasa percantuman bibir atas dan bawah. Rawatan tidak perlu dilakukan kerana kecacatan ini adalah minor. Walau bagaimanapun, sekiranya pesakit ingin mencantikkan bibir tersebut, pembedahan plastik boleh dilakukan. |
acid-etched composite crown | korona komposit beretsa asid | Pergigian | Tiada | Restorasi korona yang diperbuat daripada bahan komposit yang diikat pada gigi dengan menggunakan teknik punaran asid. Korona komposit biasanya dibuat bagi membentuk semula kecacatan pada gigi desidus. Ini kerana gigi desidus akan digantikan dengan gigi kekal apabila kanak-kanak meningkat usia dewasa. Pembuatan korona ini adalah mudah dan tepat kerana tidak melibatkan pembuangan struktur gigi yang banyak. |
capillary electrophoresis | elektroforesis rerambut | Sains Forensik | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk memisahkan fragmen DNA pelbagai saiz dengan menggunakan polimer cecair dalam tiub rerambut yang disambung pada bekalan elektrik bervoltan tinggi. Pemisahan fragmen ini adalah akibat daripada perbezaan voltan antara dua hujung tiub tersebut. Kebanyakan makmal menjalankan pengujian DNA forensik menggunakan kaedah ini kerana ia hanya memerlukan DNA yang sedikit dan masa pemisahan serpihan DNA yang singkat. |