Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inilah

Puisi
 

Selinsing selinduk,
     Anak kala memanjat pinang;
Inilah cincin sebentuk,
     Tanda kita mengikat tunang.


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Laplace stationstesen LaplaceMatematikTiadaStesen penyegitigaan atau lintang yang menjadi tempat menentukan azimut Laplace. Pada stesen inilah longitud falak dan azimut falak ditentukan.
annulusanulusKejuruteraanPetroleumRuangan antara rentetan tetiub atau rentetan gerudi dengan selongsong atau dinding telaga. Menerusi ruangan inilah lumpur penggerudian dan rincisan keluar dari dalam lubang semasa operasi penggerudian berlangsung.
red mudlumpur merahKejuruteraanPetroleumBendalir penggerudian asas air yang mengandungi soda api dan tanat. Bahan tanat inilah yang menyebabkan lumpur ini berwarna merah. Biasanya lumpur ini mempunyai pH yang tinggi. Lumpur jenis ini lebih tahan terhadap pencemaran ion kalsium dan suhu tinggi.
neutral pointtitik neutralMatematikTiada2. Titik pada garisan khayalan yang menyambung dua jasad samawi. Kononnya pada titik inilah medan graviti masing-masing betul-betul mengimbangi satu sama lain.
runoff, base syn, flow, baselarian dasarHidrologiTiadaBahagian luahan alur sungai yang berasal dari air-tanah. Larian inilah yang dapat dicerap di peluar lembangan saliran semasa tiadanya kerpasan atau peleburan salji dalam tempoh yang lama. Sin.: aliran dasar.
cutting listsenarai keratanKejuruteraanTiada1. Senarai bar keluli yang memberi garis pusat dan panjang sahaja, dan dari senari inilah tetulang dipesan.,2. Senarai yang menyatakan dimensi balak yang diperlukan untuk sesuatu kerja.
coronal holeskorona lohongMatematikTiadaKawasan yang ketumpatan dan suhunya sangat rendah berbanding dengan korona suria di sekelilingnya. Kawasan inilah yang dikatakan menjadi punca utama pengarus kelajuan tinggi angin suria.
merocrine glandkelenjar merokrinBiologiHistologi dan SitologiKelenjar yang rembesannya terkumpul di bawah permukaan bebas sel dan melalui permukaan inilah rembesannya dilepaskan tanpa menjejaskan kandungan sitoplasmanya bagi membolehkan sel itu melakukan fungsinya berulang-ulang. Contohnya, sel globlet dan kelenjar peluh.
xantophyllxantofilBiologiHistologi dan SitologiPigmen kuning atau karotinoid perang yang biasanya didapati bersama dengan karotin tumbuh-tumbuhan. Pigmen inilah yang mewarnakan daun tumbuh-tumbuhan berdaun luruh yang tua dan gugur.
centrifugal accelerationpecutan emparMekanikGunaanKomponen pecutan yang disebabkan oleh halaju sudut paksi rujukan yang berputar. Daripada sudut paksi inilah pecutan diukur. Jika pecutan titik A diukur dari paksi yang berputar di titik P dengan halaju sudut w.
12345

Kembali ke atas