Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.jap] | اينجڤ

Definisi : 1. pintu pd bubu yg berbentuk corong utk ikan masuk (tetapi menahannya drpd keluar), unjap, pelidah: ikan besar tidak ada seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?; masuk ~ tertipu (tertangkap dll); 2. benda yg mencegah cecair atau angin mengalir kembali (dlm paip, jantung, dll): salur darah mempunyai ~ bagi mencegah darah mengalir balik dr arahnya; ~ ini menyekat apabila minyak sudah penuh dlm luang pelampung; 3. (Bio) segmen yg terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah drpd cepu debunga setelah pecah: sebelum pucuk berdaun keluar, langgai-langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepasbebaskan kekabu keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.jap] | اينجڤ

Definisi : 1 pintu lukah yg berbentuk spt corong utk memungkinkan ikan masuk tetapi menyekatnya drpd keluar semula. 2 benda (tiub dsb) yg menahan angin atau air mengalir ke belakang atau ke luar. ~ ekzos injap pd sebatang silinder di dlm sesebuah enjin pembakaran dalam yg mengawal kadar aliran gas yg digunakan. ~ elektronik injap yg membenarkan elektron mengalir melaluinya mengikut satu arah saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
injap (kata nama)
1. Bersinonim dengan pintu bubu: unjap, sisir, pelidah,

2. Dalam konteks pada pam
bersinonim dengan kodok-kodok, pentil.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cardiac valvesinjap kardiumVeterinarPraklinikalEmpat injap utama dalam jantung yang berfungsi untuk mencegah alir balik darah. Injap kardium terdiri daripada injap mitral; injap trikuspid; injap aorta dan injap pulmonari. Injap mitral yang terletak di kiri jantung; mempunyai dua kelepak; sementara injap trikuspid yang terletak di kanan jantung mempunyai tiga kelepak. Kedua-dua injap ini dikenali sebagai injap atrioventrikel. Injap ini mengawal pengaliran darah dari atrium ke ventrikel. Injap aorta dan injap pulmonari pula mempunyai dua kelepak. Kedua-dua injap ini dikenali sebagai injap semilunar. Injap ini mengawal pengaliran darah keluar daripada ventrikel.
valve spindlespindel injapKejuruteraanKejuruteraan MekanikRod yang dibentukkan injap padanya. Rod ini digerakkan bagi membolehkan injap membuka atau menutup liang injap pada perumah injap. Rod ini juga memudahkan mekanisme kawalan injap dilakukan. Pengumpar injap ini terdapat dalam injap kawalan hidraulik mesin jentolak.
pump manifoldpancarongga pamKejuruteraanPetroleumSusunan injap-injap dan paip-paip yang dibuat sedemikian rupa supaya boleh dilakukan pemilihan arah tuju aliran bendalir sedutan dan bendalir buangan di antara dua pam atau lebih.
endocarditisendokarditisPerubatanTiadaKeradangan pada endokardium dan injap-injap jantung, disebabkan oleh infeksi mikrob atau penyakit vaskular kolagen.
fittinggegasanKejuruteraanPetroleumPaip-paip kecil dan injap-injap kecil yang digunakan bagi membentuk sistem paip yang diperlukan oleh peralatan atau sistem kemudahan.
pulse jetjet denyutKejuruteraanTiadaSalur dorongan dengan injap-injap pengambilan udara automatik, atau paip jet tertala frekuensi, supaya tekanan ditingkatkan di antara ledakan, dengan itu memperoleh tujahan dengan ekonomi pada kelajuan-kelajuan udara pertengahan, misalnya 350-360 km/j.
discharge valveinjap buangan; injap luahan; injap kadar alirFizikTiadaTiada
discharge valveinjap buangan; injap luahan; injap kadar alirKomunikasi MassaTiadaTiada
discharge valveinjap buangan; injap luahan; injap kadar alirKejuruteraanTiadaTiada
pipelinetalian paipKejuruteraanTiadaSebatang paip yang tersambung kepada injap-injap dan peranti-peranti kawalan yang lain, untuk mengalirkan cecair, gas dan pepejal halus.
12345678910...

Kembali ke atas