fuel injector | penyuntik bahan api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Injap suntikan yang menyuntik bahan api ke dalam pancarongga pengambilan sesebuah enjin. Terdapat tiga kedudukan yang digunakan oleh penyuntik ini, iaitu sebelum injap pendikit atau sebelum injap pengambilan atau terus dalam kebuk pembakaran. Penyuntik ini mempunyai satu liang atau lebih dan boleh dikawal oleh solenoid atau secara mekanikal. 2. Muncung suntikan yang menyemburkan bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran bagi enjin suntikan terus seperti enjin diesel yang bercampur dengan udara termampat semasa lejang mampatan. Muncung ini dikawal secara solenoid atau mekanikal. Sinonim muncung suntikan, pemancit bahan api. |
dump valve | injap buang | Kejuruteraan | Tiada | 1. Injap automatik yang menghalakan wap yang terjana di dalam loji nuklear ke arah kondenser buangan pada keadaan kecemasan. |
quick release valve | injap lepas cepat | Kejuruteraan | Tiada | 1. Injap yang membolehkan kebuk brek bagi sistem brek angin dikosongkan segera untuk menyebabkan pelepasan segera brek. [KM],2. Unit kawalan yang memecutkan pelepasan tekanan udara daripada bahagian-bahagian tertentu sistem brek. [KM] |
master valve | injap induk | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : pintu utama 1. Injap terbesar yang dipasang pada pokok Krismas sesebuah telaga yang berguna untuk mengawal aliran bendalir dari lubang telaga ke talian aliran. Dipasang segaris atau sejajar dengan paksi menegak lubang telaga berkenaan. 2. Merupakan pelantak buta atau pelantak kosong pencegah semburan keluar yang digunakan untuk menutup telaga semasa semburan keluar berlaku. |
penstock | empis air | Geografi | Tiada | 1. Injap atau pintu air sluis untuk mengatur aliran air atau kumbahan. |
penstock | empis air | Kejuruteraan | Tiada | 1. Injap atau pintu air sluis untuk mengatur aliran air atau kumbahan.,. |
stopcock | kok penahan | Kejuruteraan | Petroleum | 1. Injap yang umumnya diletakkan di dalam tetiub berhampiran dengan sambungan ke talian aliran yang digunakan untuk menutup, menyekat atau mengatur aliran bendalir dari tetiub ke tali aliran. 2. menutup sebentar-sebentar telaga minyak yang berpengeluaran, iaitu untuk jangka masa yang singkat, kemudian dibuka untuk pengeluaran, dan setelah beberapa lama telaga tersebut ditutup lagi. Proses ini dilakukan berulang-ulang supaya tekanan gas di dalam lubang bertokok, sehingga menghasilkan perolehan yang lebih baik dan lebih cekap. |
tappet | tapet | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Skru yang digunakan untuk melaraskan kelegaan di antara batang injap dengan lengan angguk atau batang injap dengan pengangkat injap. 2. Lihat pengangkat injap. |
valve spring | pegas injap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Peranti mekanikal berbentuk gelung heliks yang diperbuat daripada logam untuk menutup injap popet dalam enjin pembakaran dalam. 2. Gelung heliks yang diperbuat daripada logam yang terdapat di dalam injap sistem hidraulik dan pneumatik untuk mengawal kadar aliran, tekanan dan arah aliran. |
water hammer | tukul air | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1) Fenomena yang menghasilkan bunyi ketukan di dalam injap paip air atau kepala paip apabila dibuka dengan tiba-tiba. Keadaan ini berlaku kerana tekanan tinggi yang menumpu pada bahagian injap tersebut dan susunan atau pemasangan paip yang tidak sesuai diameternya. Kesan fenomena ini boleh menyebabkan gegaran dan kerosakan pada talian paip ai 2) Fenomena yang berlaku apabila beban berubah secara tiba-tiba pada turbin-hidraulik. Perubahan ini menghasilkan bunyi ketukan yang bising serta gegaran yang kuat sehingga boleh merosakkan turbin dan sistem perpaipan. |