input | input/masukan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Peringkat dalam pemprosesan maklumat yang memasukkan data ke dalam sistem untuk pemprosesan. |
quiescent point | titik ketenangan | Geologi | Tiada | 1. Titik di lengkung ciri suatu penguat yang mewakili keadaan yang wujud apabila isyarat input bersamaan sifar. |
camera card | kad kamera | Perpustakaan | Tiada | 1. Kad bukaan yang mengandungi bahan mentah mikrofilem yang diproses daripada sesuatu dokumen untuk membentuk imej.,2. Kad yang tidak berproses yang merupakan input kamera pemproses. |
on-line system | sistem dalam talian | Matematik | Tiada | 1. Sistem yang menghapuskan keperluan perantaraan insani di antara perekodan sumber dan pemprosesan muktamad oleh komputer.,2. Sistem di mana input memasuki komputer dari titik asalan dan output menuju terus ke tempat ia digunakan. |
software package | pakej perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | 1. Perisian yang dikumpulkan dalam format arkib tertentu yang mempunyai sambungan fail seperti zip, rar dan tar untuk dimuat turun dan seterusnya dipasang oleh pengguna dengan menggunakan pemasang perisian. 2. Dalam pengaturcaraan Java, sekumpulan kelas yang berkaitan dalam sesebuah atur cara dikenali sebagai pakej perisian. Contohnya, pakej Java.io yang mengandungi sekumpulan kelas atur cara Java untuk menguruskan input dan output data. |
Boolean expression | ungkapan Boolean | Teknologi Maklumat | Perisian | Ungkapan yang menghasilkan nilai sama ada benar atau palsu dan juga 1 atau 0. Ungkapan melibatkan pemboleh ubah Boolean, pemalar, operasi Boolean dan logik Boolean. Contohnya, Y=A.B+A.B melibatkan operasi AND dan OR. Operasi AND diwakili oleh simbol ‘ . ’ dan operasi OR diwakili oleh simbol ‘ + ’. Y merupakan output bagi mewakili ungkapan Boolean (A.B+A.B) manakala A dan B merupakan input pemboleh ubah Boolean. Lihat juga logik Boolean. |
data file | fail data | Teknologi Maklumat | Perisian | Fail komputer untuk menyimpan data yang digunakan oleh aplikasi komputer atau sistem komputer. Fail ini merujuk secara khusus kepada maklumat yang digunakan sebagai input atau output bagi beberapa atur cara perisian. Maklumat fail data ini penting terutamanya dalam melakukan penyahpepijatan bagi sesuatu atur cara. Walau bagaimanapun, fail data tidak mengandungi perintah, kod sumber, operasi, struktur aplikasi atau struktur sistem. Terdapat dua jenis fail data, iaitu fail data terbuka dan fail data tertutup. Contoh pengekodan fail data terbuka dan fail data tertutup dalam bahasa C masing-masing adalah seperti yang berikut: Fail data terbuka: 1. FILE *fopen(const char *path, const char *mode); FILE *freopen(const char *path, const char *mode, FILE *fp); Fail data tertutup: 2. int fclose(FILE *fp); |