Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.som.nia] | اينسومنيا

Definisi : (Ubat) keadaan tidak dapat tidur atau sukar utk tidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata insomnia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.
insomniainsomniaPerubatanTiadaKeadaan tidak dapat atau susah hendak tidur.
insomniainsomniaPsikologiTiadaTiada
insomniainsomniaPerubatanTiadaKeadaan gagal atau sukar untuk tidur.
insomniainsomniaGerontologiTiadaPerihal keadaan tidur yang tidak lena.
insomniainsomniaPerubatanTiadaKeadaan tidak dapat atau susah hendak tidur.
glutethimideGlutethimidePerubatanTiadaUbat yang diberikan melalui mulut, untuk merawat insomnia dan gangguan-gangguan tidur lain.
methaqualoneMethaqualonePerubatanTiadaUbat hipnotik yang diberikan melalui mulut untuk merawat insomnia.
anxiolyticanziolitikPerubatanTiadaKumpulan ubat sedatif hipnotik yang digunakan untuk merawat gangguan keresahan umum, insomnia dan sebagai pramedikasi anestesia agar pesakit lebih tenang dan bekerjasama. Kesan sampingan daripada pengambilan ubat ini ialah mengantuk, lesu, hilang ingatan dan hilang kebergantungan fizikal. Contoh ubat ialah Midazolam dan Diazepam.
benzodiazepinebenzodiazepinaKimiaForensikSekumpulan ubat yang digunakan dalam rawatan jangka pendek untuk merawat kerisauan dan insomnia. Bahan ini lebih selamat dan kurang disalahgunakan berbanding barbiturat. Contohnya, diazepam dan lorazepam.
123

Kembali ke atas