Bauhaus | Bauhaus | Kesenian | Tiada | 1. Institusi kesenian yang ditubuhkan pada tahun 1919 di negara Jerman. |
bank | bank; tebing | Undang-undang | Tiada | 1. Bank: Institusi kewangan yang menjalankan urus niaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. |
statutory requirement | keperluan berkanun | Ekonomi | Ekonomi Islam | Nilai aset tertentu milik institusi kewangan yang terdiri daripada dua komponen, iaitu keperluan rizab berkanun yang disimpan di bank pusat mengikut seksyen 37(1)(C) Ordinan Bank Negara Malaysia, 1985 dan keperluan mudah tunai yang disimpan di institusi kewangan itu sendiri. Sebagai contoh, keperluan mudah tunai bagi Bank Islam Malaysia Berhad dinyatakan dalam seksyen 38(1) Akta Bank Islam, 1983. |
case study | kajian kes | Sosiologi | Tiada | 1. Analisis terperinci yang dibuat terhadap individu, kumpulan sosial, institusi atau budaya. |
disintermediation | hapus perantaraan | Pentadbiran | Tiada | 1. Urus niaga antara peminjam dan pemberi pinjam tanpa pengantara kewangan seperti bank. 2. Proses pelucutan peranan institusi kewangan dalam pelaburan. |
industrial training | latihan industri | Pendidikan | Tiada | 1. Program yang dirancang untuk pelajar mengalami pengalaman di tempat kerja sebelum memperoleh ijazah. 2. Pekerjaan sambilan yang dilakukan oleh pelajar di institusi pendidikan tinggi. |
standard proportion | kadaran piawai | Mekanik | Gunaan | Kadar yang diakui oleh sesebuah institusi piawaian untuk dimensi gigi gear. Misalnya, kadar piawai yang diakui oleh British Standard Institution bagi gear yang modulnya m ialah adendum = m, dedendum = 1.25 m, dalam kerja = 2m dan sudut tekanan = 20o. Lihat jugaImodul. |