securitization | pensekuritian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses penerbitan sekuriti yang bersandarkan sesuatu aset yang mempunyai aliran tunai berkala. Tujuan pensekuritian adalah untuk menyediakan mudah tunai kepada institusi kewangan. Dalam proses pensekuritian, sesuatu aset yang dibiayai oleh sesebuah institusi kewangan melalui akad bai‘ bithaman ajil akan dipakejkan semula dan dijual kepada institusi kewangan lain. Institusi kewangan tersebut akan mengeluarkan bon untuk membiayai pembelian aset itu. Contohnya, bon mudarabah cagamas. |
asset quality | kualiti aset | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tahap risiko kredit atau ketidakpastian yang dihadapi oleh institusi kewangan Islam. Bagi menunjukkan kualiti aset, institusi kewangan Islam menggunakan pemboleh ubah A dalam ujian tekanan CAMEL (modal, aset, pengurusan, perolehan dan mudah tunai). Nisbah pembiayaan hutang tidak berbayar terhadap jumlah pembiayaan hutang akan digunakan sebagai pengukur pemboleh ubah A. Semakin tinggi nisbah ini, semakin rendah kualiti aset tersebut. Kualiti aset ini menjadi salah satu kriteria kekukuhan dan kestabilan institusi kewangan Islam selain kualiti modal, pengurusan, perolehan dan mudah tunai. |
Islamic interbank money market (IIMM) | pasaran wang antara bank secara Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pasaran yang mengurusniagakan produk kewangan Islam jangka pendek antara institusi kewangan. Melalui pasaran ini, institusi kewangan yang mempunyai lebihan dana boleh melabur ke institusi kewangan lain yang memerlukan dana untuk mendapatkan pulangan. Urus niaga ini melibatkan instrumen kewangan Islam antara bank, pelaburan antara bank secara Islam atau pelaburan mudarabah antara bank dan sistem penjelasan cek antara bank secara Islam. |
insured account | akaun berinsurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Akaun dalam institusi kewangan dengan aset yang dipegang diberikan lindungan insurans bagi tujuan melindungi daripada ketidakmampuan institusi kewangan berkenaan memenuhi syarat kontrak. |
Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions | Organisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Badan penyelaras piawaian perakaunan dan pengauditan yang berpusat di Bahrain. Organisasi ini bertujuan mengeluarkan piawaian perakaunan antarabangsa mengikut kerangka syariah untuk diguna pakai oleh institusi kewangan Islam. Organisasi ini dianggotai oleh beberapa ahli sukarela yang mewakili pengguna penyata institusi kewangan Islam, akauntan, jurubank, ahli akademik, ahli syariah dan badan pengawal selia. Organisasi ini dipantau oleh jawatankuasa syariah yang menilai piawaian dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan syariah. Singkatan AAOIFI. |
contract of safe custody | akad penjagaan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang melibatkan penjagaan keselamatan harta oleh institusi kewangan terhadap harta yang diamanahkan oleh pemiliknya. Akad ini juga membolehkan institusi kewangan menjalankan fungsinya sebagai ejen penjaga harga. Contoh akad penjagaan ialah akad wadi‘ah. Akad ini dikenali juga sebagai akad simpanan. |
mudarabah deposit | deposit mudarabah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Deposit yang disimpan di institusi kewangan Islam berasaskan akad mudarabah. Contohnya, wang yang didepositkan ke dalam akaun pelaburan am mudarabah atau akaun pelaburan khas mudarabah di institusi kewangan Islam. |
murabahah deposit | deposit murabahah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Deposit yang disimpan di institusi kewangan Islam berasaskan akad murabahah. Pendeposit akan mewakilkan institusi kewangan Islam membeli komoditi yang diluluskan oleh syarak dan menjualnya kepada pihak ketiga. Keuntungan hasil jualan ini akan diserahkan kepada pendeposit, manakala pendeposit akan membayar upah kepada institusi berkenaan. |
Commercial Bank | Bank Perdagangan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi kewangan yang diberi kebenaran khusus untuk menerima deposit melalui akaun semasa di samping akaun tabungan dan akaun pelaburan. Institusi kewangan lain tidak dibenarkan menawarkan akaun semasa. Terdapat sebahagian bank perdagangan yang menawarkan produk kewangan berasaskan syariah seperti Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad. |
discount house | gedung diskaun | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi kewangan yang bergiat dalam urus niaga instrumen kewangan jangka pendek. Urus niaga ini dijalankan dengan menggunakan dana jangka pendek yang disumbangkan oleh institusi kewangan Islam. Gedung diskaun ini berperanan untuk menyediakan pasaran peringkat kedua bagi instrumen tersebut. Contoh instrumen jangka pendek ialah sijil pelaburan kerajaan, penerimaan jurubank-i, dana mudarabah antara bank dan bon mudarabah cagamas. |