gene interaction | interaksi gen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Apabila dua atau lebih gen yang berbeza mempengaruhi hasil satu sifat. Interaksi gen merupakan interaksi antara gen alelik atau bukan alelik yang sama dalam penghasilan ciri fenotip tertentu. |
gene interaction | interaksi gen | Biologi | Genetik | Interaksi antara gen-gen berbeza yang terletak pada genom yang sama untuk menghasilkan fenotip tertentu. interaksi ini selalunya berlaku apabila gen-gen bukan alel berfungsi pada salah satu tapak jalan turutan tindak balas yang akan menghasilkan sebatian akhir. |
human computer interaction (HCI) | interaksi manusia komputer (HCI) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bidang yang mengkaji interaksi antara manusia dengan komputer. Bidang ini biasanya melibatkan pertindanan antara bidang seperti sains komputer, sains tingkah laku, reka bentuk dan beberapa bidang kajian lain. Interaksi antara pengguna dengan komputer berlaku dalam antara muka pengguna yang melibatkan kedua-dua perisian dan perkakasan. Memandangkan bidang ini melibatkan gabungan manusia dan mesin, maka pengetahuan yang baharu bagi menyokong kedua-dua aspek mesin dan manusia dapat dikembangkan. Dalam aspek mesin, teknik grafik komputer, sistem pengendali dan bahasa pengaturcaraan adalah relevan dalam perkembangan penyelidikan bidang ini. Dalam aspek manusia pula, teori komunikasi, grafik dan reka bentuk industri, linguistik, sains sosial, psikologi kognitif dan prestasi manusia mampu memantapkan bidang ini. HCI kadangkala dirujuk sebagai interaksi manusia mesin (MMI) atau interaksi komputer manusia (CHI). |
molecular biology | biologi molekul | Pertanian | Agroteknologi | Cabang ilmu biologi yang terlibat dalam kajian mengenai benda-benda hidup pada skala molekul. Disiplin ilmu ini termasuklah kajian tentang interaksi molekul dalam benda hidup dan kesannya, terutama tentang interaksi berbagai-bagai sistem dalam sel, interaksi DNA, RNA dan sintesis protein, serta bagaimana interaksi tersebut diatur. Contohnya, proses pembiakbakaan melalui manipulasi gen tanaman atau ternakan. |
human-machine interaction | interaksi mesin-manusia | Teknologi Maklumat | Tiada | Kemudahan untuk membaiki interaksi antara pengguna dengan sistem komputer. |
HCI (human computer interaction) | HCI (interaksi manusia komputer) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bidang kajian interaksi antara pengguna dengan sistem komputer. |
protein-protein interaction | interaksi protein-protein | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Hubungan fizikal dalam kalangan protein di dalam sel, iaitu interaksi yang merangkumi ikatan elektrostatik, hidrogen dan hidrofobik. |
Flory interaction parameter | parameter interaksi Flory | Kejuruteraan | Polimer | Ukuran daya antara molekul di dalam molekul polimer yang menggambarkan interaksi antara pasangan segmen polimer. |
aeroelasticity | aeroanjalan | Aeroangkasa | Tiada | Sains berkenaan interaksi antara daya aerodinamik dengan struktur elastik.,Sains berkenaan interaksi antara daya aerodinamik dengan struktur elastik. |
genetic interaction mapping | pemetaan interaksi genetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang digunakan untuk memaparkan hubungan di antara gen-gen dan interaksi fizikal di antara protein-protein secara sistematik. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti fungsi sesuatu gen baru dengan melihat bagaimana perlakuan gen mempengaruhi fenotip. |