Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Institusi Pengajian Tinggi Awam, mis Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hard datadata kerasTeknologi MaklumatTiadaData yang bersifat kuantitatif dan boleh dianalisis secara formal seperti kaedah statistik. Kebiasaannya merujuk kepada data yang boleh diukur secara saintifik seperti statistik pengguna Internet, bilangan komputer per isi rumah dan bilangan pelajar IT yang memasuki IPTA.
public institutioninstitusi awamPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjana perkembangan dan pembangunan negara yang menjadi tunggak kekukuhan kerajaan seperti pendidikan, sosial dan budaya. Institusi awam berperanan menyediakan kemudahan, menjaga hal ehwal kebajikan, membantu kerajaan dalam melaksanakan program berbentuk kemasyarakatan dan membentuk integriti komuniti. Biasanya sebuah institusi awam akan ditadbir urus oleh lembaga pemegang amanah dengan dibantu oleh pegawai awam yang dilantik oleh pihak kerajaan. Contohnya IPTA, Institut Sosial Negara dan Majlis Belia Negara.

corporatizationpengkorporatanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau proses pewujudan perbadanan atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan ciri-ciri perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. Pengkorporatan mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada kecekapan, keberkesanan, kecemerlangan dan produktiviti yang tinggi. Selain itu, pengkorporatan juga memberikan penekanan kepada budaya yang berorientasikan pelanggan, pengurusan yang cekap, berdedikasi, berdisiplin, rajin, profesionalisme, inovatif, berdaya saing, agresif, semangat keusahawanan serta sikap dan nilai-nilai positif untuk maju ke hadapan. Sebagai contoh, pengkorporatan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan usaha pihak pemerintah untuk mewujudkan universiti yang maju, mapan dan bertaraf antarabangsa bagi melahirkan graduan yang berdaya saing.

interviewtemu bualPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mendapatkan maklumat seperti sejarah hidup individu, sifat personaliti dan kedudukan kesihatan mental terkini secara bersemuka. Terdapat dua jenis temu bual, iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Dalam temu bual tak berstruktur, perbualan lebih bersifat tidak formal dan topik perbualan lebih terbuka. Dalam temu bual berstruktur, maklumat diperoleh melalui soal selidik dan kaedah ini adalah lebih terfokus, teratur dan terancang. Temu bual boleh digunakan untuk mengenal pasti gangguan personaliti, pemilihan kerjaya, kemasukan ke IPTA, mengkaji kedinamikan personaliti, mendapat maklumat untuk proses kaunseling atau terapi. Selain mendapat maklumat, temu bual juga membolehkan penemu bual meneliti nada suara, gerakan badan, postur dan air muka yang boleh menyokong maklumat yang disampaikan oleh individu yang ditemu bual kerana kadangkala apa yang dikatakan oleh klien mungkin tidak benar kerana gerakan badan boleh memberi makna yang lain daripada sesuatu yang diperkatakan.

Kembali ke atas