biological clock | jam biologi | Biologi | Ekologi | Mekanisme dalaman yang mengawal irama fisiologi sesuatu organisma. Misalnya, irama sirkadian, irama rembulan, dan irama bermusim. |
irama | irama | Muzik | Tiada | 1. Konsep masa termasuk tempo, meter dan rentak dalam muzik tradisional di Malaysia dan Indonesia. 2. Perubahan irama dalam lagu gamelan Jawa yang merujuk
| irama Malaysia | irama Malaysia | Muzik | Tiada | Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu Hijau oleh Zainal Abidin, Cindai oleh Siti Nurhaliza, dan Dikir Puteri oleh Noraniza Idris. Lihat juga muzik popular, world music. |
agogies of speech | kaji irama ujaran; sistem irama ujaran | Linguistik | Tiada | Tiada |
lunar rhythm | irama rembulan | Biologi | Ekologi | Perubahan taburan organisma yang dipengaruhi oleh fasa bulan. Irama rembulan banyak mempengaruhi hidupan laut, terutama organisma yang hidup pada zon antara perbani, dan zon sublitoral; kedua-dua jenis organisma ini dipengaruhi oleh air pasang surut. Irama rembulan dapat dihubungkan dengan kitaran pembiakan hidupan laut, seperti ketam, ikan dan cacing, misalnya ada cacing yang hanya akan membiak apabila bulan mengambang penuh. |
circadian rhythm | irama sirkadian | Biologi | Ekologi | Perubahan berkala yang berlaku pada organisma, misalnya, perkembangan bunga, pergerakan daun, dan perubahan rembesan hormon pada haiwan yang ditentukan oleh kitaran 24 jam. Irama ini masih berlaku walaupun tanpa isyarat diurnal, seperti cahaya. Sinonim: irama harian. |
prose rhythm | irama prosa | Kesusasteraan | Tiada | Irama yang dihasilkan oleh berbagai-bagai pergerakan, antaranya ayat-ayat yang seimbang, bentuk struktur, panjang pendek ayat, aturan persambungan dan kemerduan bunyi. |
rocking rhythm | irama ayun | Kesusasteraan | Tiada | Irama dalam puisi yang terlaksana apabila suku kata yang ditekan dalam satu kaki matra sajak berada di antara dua suku kata yang tidak ditekan. |
rising rhythm | irama naik | Kesusasteraan | Tiada | Irama dalam puisi yang terjadi apabila adanya tekanan terhadap suku kata terakhir dalam satu kaki matra, seperti pada iamb dan anapes. |
daily rhythm | irama harian | Biologi | Ekologi | Lihat irama sirkadian |