Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.si.rung] | ايسيروڠ

Definisi : bahagian isi pd tempurung sesuatu buah spt kelapa dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.si.rung] | ايسيروڠ

Definisi : bahagian isi pd tempurung sesuatu buah (kelapa dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isirung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
palm kernel pelletpelet isirung kelapa sawitVeterinarTiadaSalah satu bahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Selepas diperah minyak daripada isirung kelapa sawit, hampasnya yang berbentuk kek diproses menjadi bentuk pelet. Proses penghasilannya menggunakan acuan khas yang boleh membentuk untilan-untilan kecil bersaiz 6-12 mm diameter dan 1 cm panjang. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
palm kernel mealmil isirung kelapa sawitVeterinarTiadaBahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah dari isirung kelapa sawit. Hampas yang berbentuk kek selepas diperah minyak dikisar supaya menjadi habuk atau mil. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
kernelinti; isirungPerubatanTiada1. Isirung: Bahagian dalam biji yang mengandungi embrio.,Inti: Bahagian atom yang tinggal, selepas pembuangan elektron valens.
palm kernel cakehampas isirung kelapa sawitVeterinarTiadaBahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Bahan ini berbentuk kek kesan daripada proses perah asak atau ekstraksi pelarut. Kandungan minyak bahan ini yang terhasil melalui proses perah asak ialah sebanyak 5-8%, manakala yang dihasilkan melalui ekstraksi pelarut ialah 2-4%. Selain itu, bahan ini juga mengandungi protein kasar sebanyak 18-20% dan tenaga metabolisme 10.5 MJ/kg untuk keperluan ternakan ruminan, manakala untuk ayam ialah antara 6-8 MJ/kg. Kandungan serabut dalam bahan ini pula ialah lebih kurang 17-18% dan terdiri daripada polisakarida galaktomanan. Di Malaysia, bahan ini menjadi makanan konsentrat utama untuk ternakan seperti lembu dan kambing. Untuk keperluan lembu, bahan ini boleh diberi sehingga 80% dalam rangsum makanan, tetapi sebaliknya untuk ayam dan itik hanya 15-20% sahaja. Walau bagaimanapun, bahan ini turut mengandungi 28 ppm kuprum dan merupakan aras yang tinggi yang boleh menyebabkan keracunan pada ternakan seperti biri-biri. Bahan ini
expeller pressperah asakVeterinarTiadaProses pengekstrakan minyak daripada bijirin atau isirung dengan memampatkannya di bawah tekanan tinggi. Sisa ekstrakan yang dikenali sebagai kek masih mengandungi 6-8% minyak. Contohnya, isirung kelapa sawit diperah asak untuk menghasilkan minyak masak dan sisanya digunakan sebagai makanan ternakan. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
solvent extractionpengekstrakan pelarutVeterinarTiadaProses pengekstrakan minyak daripada bijirin atau isirung dengan menggunakan pelarut organik seperti heksan. Minyak akan terlarut di dalam heksan dan kemudiannya dipisahkan melalui proses penyulingan berperingkat. Sisa ekstrakan yang dikenali sebagai kek masih mengandungi 1-2% minyak. Contohnya, isirung kelapa sawit diekstrak menggunakan pelarut untuk menghasilkan minyak masak dan sisanya digunakan sebagai makanan ternakan. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
expeller-pressed cakekek perah asakVeterinarTiadaHampas yang terhasil apabila sesuatu bijian berminyak atau isirung kelapa diperah asak bagi menghasilkan minyak. Contohnya, kek kopra, kek isirung sawit, kek kacang soya yang masing-masingnya terhasil selepas minyak kelapa, minyak sawit dan minyak soya diekstrakkan melalui proses perah asak.
bitter almond oilminyak badam pahitKimiaForensikMinyak meruap yang diperoleh daripada penyulingan isirung badam pahit. Badam pahit mengandungi amigdalin, bersama-sama dengan enzim yang memangkinkan hidrolisisnya. Apabila isirung ditumbuk dan di lembapkan, minyak meruap yang terhasil akibat hidrolisis yang berlaku boleh disuling keluar. Minyak ini mengandungi benzaldehid dan asid hidrosianik sebagai bahan utama, dan digunakan dalam farmasi sebagai perisa makanan selepas asid hidrosianik disingkirkan.
kernelinti; isirungFizikTiadaTiada
kernelinti; isirungKomputerTiadaTiada
12345

Kembali ke atas