table of isotope | jadual isotop | Kejuruteraan | Tiada | Jadual yang menyenaraikan isotop-isotop yang terdapat berserta dengan data-data nukleus yang bersangkutan dengannya. |
mass concentration | kepekatan jisim | Kejuruteraan | Tiada | Kelimpahan yang dihitung daripada berat isotop-isotop, bukan bilangan atom. |
mass abundance | kelimpahan jisim | Kejuruteraan | Tiada | Kelimpahan yang dihitung daripada berat isotop-isotop, bukan bilangan atom. |
ionic centrifuge | empar ion | Kejuruteraan | Tiada | Alat yang digunakan untuk memisahkan isotop-isotop. |
stable isotop | isotop stabil | Fizik | Atom dan Nuklear | Isotop yang tidak mengalami reputan radioaktif secara spontan. |
metamict state | keadaan metamik | Kejuruteraan | Tiada | Keadaan amorfus terhasil pada bahan dalam bentuk hablur yang mengandungi uranium atau torium terbentuk akibat bedilan nukleus sentak dan juga zarah alfa yang dipancarkan oleh isotop-isotop radioaktif ini. |
isotopic tracer | penyurih isotop | Fizik | Moden | Isotop sesuatu unsur, sama ada isotop radioaktif atau isotop stabil, yang sejumlah kecilnya mungkin digabungkan ke dalam bahan sampel supaya mengikut laluan unsur tersebut melalui proses kimia, biologi, dan fizik, dan mengikut sampel yang lebih besar. |
isotopic ratio | nisbah isotop | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah bilangan atom sesuatu isotop kepada bilangan atom isotop yang lain dalam unsur yang sama. |
carbon isotope | isotop karbon | Kimia | Tiada | Unsur karbon yang mempunyai nombor atom yang sama tetapi jisimnya berbeza. Terdapat enam isotop karbon, iaitu C-10, C-11, C-12, C-13 merupakan isotop yang stabil, manakala yang lainya isotop radioaktif. 99% daripada unsur karbon terdiri daripada C-12 yang digunakan sebagai piawai bagi berat atom. Isotop karbon mempunyai banyak kegunaan. Misalnya, C-14 yang bersetengah hayat 5730 tahun digunakan dalam pentarikhan karbon untuk menganggarkan usia sesuatu bahan yang mengandungi karbon, sebagai sumber sinaran beta dan alat pengesan radioaktif, dan C-11 yang bersetengah hayat singkat (20.5 minit) digunakan untuk melabelkan bahan dalam ujian perubatan nuklear. |
fissionability | keterbelahan | Fizik | Atom dan Nuklear | Kebolehan sesuatu isotop untuk menjalani proses pembelahan. Bagi isotop boleh belah, pembelahan berlaku menerusi neutron lambat sementara isotop subur menerusi neutron cepat. Contohnya, isotop uranium-235 (U-235), uranium-233 (U-233), plutonium-239 (Pu-239) dan plutonium-241 (Pu-241). |