social issues | isu sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Isu-isu sosial sentiasa wujud dalam masyarakat kita dan di seluruh dunia dalam pelbagai bentuk dan rupa. Isu sosial boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja isu yang mempengaruhi kulaiti kehidupan seseorang individu atau komuniti keseluruhan. Di antara isu-isu sosial ialah masalah ketagihan dadah di kalangan kaum remaja dalam sesebuah komuniti, tahap keciciran yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar sekolah, pertelingkahan rumahtangga dengan bertambahnya ibu tunggal, vandalisme dan lain-lain. Isu sosial ini akan memberikan kesan yang buruk kepada komuniti keseluruhannya. Jika diabaikan, ia akan mempengaruhi dan menjejaskan pembangunan yang berterusan. |
marine and coastal law | undang-undang laut dan pantai | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bahagian dalam undang-undang antarabangsa awam yang berurusan dengan isu-isu maritim. Undang-undang laut dan pantai mungkin dilihat serupa dengan maksud undang-undang maritim, tetapi ia mempunyai makna yang sangat berbeza. Undang-undang laut dan pantai merujuk kepada perkara undang-undang antarabangsa awam seperti perkara yang berkaitan dengan laut lepas dan negara pesisir, manakala undang-undang maritim memperkatakan tentang perundangan yang mengawal isu yang berkaitan kapal dan perkapalan, kontrak, tort serta isu-isu lain yang melibatkan penghantaran. |
advocacy advertising | periklanan tunjangan | Komunikasi | Tiada | Periklanan yang memperjuangkan isu-isu kepentingan awam. Biasanya, iklan ini ditaja oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan awam untuk menyatakan sesuatu idea atau tindakan seperti mengiklankan perutusan yang mengajak pengguna terlibat dalam kempen inflasi sifar. |
environmental science | sains alam sekitar | Kejuruteraan | Tiada | Kajian antara disiplin tentang isu-isu kependudukan,sumber dan pencemaran yang kompleks dan saling berkait. |
talk show | rancangan bicara | Komunikasi | Tiada | Rancangan televisyen yang membincangkan tentang isu-isu tertentu dan dikendalikan oleh seorang pengacara. |
World Health Organization | WHO | Kejururawatan | Tiada | Organisasi antara negara yang mengendalikan isu-isu kesihatan pada peringkat antarabangsa. |
Committee on Trade and Development | Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Jawatankuasa kerja dalam WTO yang bertanggungjawab membincangkan isu-isu perdagangan dan pembangunan. Antara isu yang dibincangkan ialah pemberian bantuan teknikal oleh negara maju kepada negara membangun dan koordinasi antara WTO dan pertubuhan antarabangsa lain berkenaan isu perdagangan dan pembangunan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menjadikan perkara di bawah peruntukan �layanan istimewa dan berbeza� lebih efektif selain mewujudkan program khas untuk negara-negara yang mempunyai sumber ekonomi yang kecil. |
consumer news | berita pengguna | Komunikasi | Tiada | Berita mengenai hal ehwal kepenggunaan yang melibatkan isu-isu seperti hak pengguna, keselamatan barangan, kenaikan harga dan sebagainya. |
convener | penganjur | Sejarah | Tiada | Orang yang menganjurkan satu perhimpunan umum atau perjumpaan secara formal untuk tujuan tertentu biasanya apabila timbul isu-isu yang menarik perhatian atau isu yang kontroversial. |
womens film | filem wanita | Komunikasi | Tiada | Filem yang diterbitkan atau diarahkan oleh golongan wanita dan membincangkan isu-isu tentang wanita. |