hemicellulose | hemiselulosa | Veterinar | Tiada | Sebatian polisakarida yang terdapat pada dinding sel tumbuhan yang terdapat bersama selulosa dan lignin. Sebatian ini terbina daripada gabungan gula D-glukosa, D-galaktosa, D-manosa, D-xilosa dan L-arabinosa. Sebatian ini larut dalam larutan alkali dan boleh dihidrolisis dengan asid untuk menghasilkan gula dan asid uronik. Rantai cabang sebatian ini terikat pada mikrofibril selulosa, bersama-sama pektin membentuk jaringan gentian bersilang. |
D-press (D-roller press) | mesin cetak D | Komunikasi | Tiada | Tiada |
dispersion intensity | keamatan serakan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah garis pusat reaktor terhadap halaju purata paksi dan panjang cirian yang boleh diungkapkan seperti yang berikut, I = D/ ?d, dengan D = garis pusat reaktor, ? = halaju purata paksi, d = panjang cirian, I = keamatan serakan. |
xanthan | xantan | Herba | Tiada | Heteropolisakarida yang mengandungi residu D-glukosa, D-manosa dan asid D-glukoronik. Xantan diperoleh daripada Xantomonas campestris dan digunakan dalam penghasilan gam xantan semula jadi terlarut air. |
directivity index | indeks keterarahan | Fizik | Akustik | Indeks yang berkaitan dengan faktor keterarahan dan dirumuskan sebagai D = 10 log10 D (d = indeks keterarahan dalam desinel (db); D = faktor keterarahan) |
conic sections | keratan konik | Mekanik | Gunaan | Londar bagi titik P yang bergerak pada satah dengan nisbah jaraknya dari suatu titik tetap F ke jaraknya pada suatu garis tetap D-D adalah malar [Rajah K1]. Titik tetap F dinamai fokus manakala garis tetap D-D dinamai direktriks. Nisbah tetap e = r/d dinamai kesipian. Tiga jenis keratan konik ilah hiperbola, parabola dan elips. |
amino sugar | gula amino | Kimia | Biokimia | Monosakarida seperti D-galaktosamina, D-manosamina, neoraminik dan asid muramik yang mempunyai kumpulan amino (-NH2) sebagai ganti kumpulan hidroksil, dan kumpulan amino ini biasanya diasetalkan. Sebatian 2-amino-2-deoksialdosa penting sebagai komponen sel bakteria di dalam antibiotik dan sebagainya. |
jarum-jarum | jarum-jarum | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Dysoxylum spp. daripada famili Meliaceae. Nama piawai kayu ini ialah membalun, yang berasal dari Indonesia. Nama tempatannya di Sabah ialah buah-buahan, dan spesies utamanya Dysoxylum acutanglum, D. arborescens, D. cauliflorum, D. corneri, dan D. venolosum. Gubal kayu jarum-jarum berwarna kuning muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah jingga atau merah bata, dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 590 hingga 910 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras hingga keras, dan sederhana berat hingga berat. Kayu ini digunakan dalam kerja binaan sederhana dan berat, untuk dinding dan panel, dan dalam pembuatan perabot dan kotak kayu. |
d’Alembert | d’Alembert | Mekanik | Gunaan | Lihat prinsip d’Alembert |
D-penicillamine | D-penisilamina | Kimia | Forensik | Formula kimia, C5H11NO2S; nama dagang, D-Pendamine; Pendramine. Serbuk berhablur putih dengan takat didih 202�C - 206�C. Ubat yang digunakan untuk menyingkirkan logam daripada darah. Ubat ini digunakan untuk merawat keracunan plumbum, kuprum dan mungkin merkuri, dan untuk melegakan simptom artritis reumatoid apabila ubat-ubat lain tidak berkesan. Kegunaannya kini dihalang kerana boleh menyebabkan alergi atau anemia dan tidak boleh diberikan kepada wan ita hamil atau pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang. Kesan sampingan termasuk demam, ruam, dan penyakit darah. Penggunaan jangka panjang ubat ini dikaitkan dengan penyakit sumsum tulang yang teruk. Dos terapeutik ialah 1.7 �g/mL - 5.6 �g/mL. |