style | gaya | Teknologi Maklumat | Tiada | Variasi bentuk muka taip, contohnya italik, tebal dan sebagainya. |
Aldine press | percetakan Aldus | Perpustakaan | Tiada | Percetakan yang diasaskan oleh Aldus Pine Manutius yang mencapai kegemilangannya kerana memperkenalkan cetak jenis italik pada tahun 1501. |
screen atribute | atribut skrin | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu set atribut yang menentukan jenis dan rupa bentuk setiap aksara yang akan dipaparkan pada skrin seperti warna latar belakang dan latar depan, huruf tebal, italik dan garis bawah. |
font | fon | Teknologi Maklumat | Perisian | Reka bentuk set aksara yang terdiri daripada kombinasi rupa taip, bentuk, saiz, imbangan dan jarak. Contoh rupa taip adalah seperti Times New Roman atau Arial. Contoh bentuk fon pula adalah seperti italik, huruf tebal atau bergaris bawah. Saiz fon yang biasa digunakan adalah di antara 10 hingga 12 poin. |
genus | genus | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kumpulan tumbuhan yang mempunyai perkaitan yang rapat. Mengikut pengelasan taksonomi, genus berada di kedudukan lebih atas dari spesies dan berada di kedudukan bawah famili sesuatu tumbuhan. Genus merupakan perkataan pertama bagi nama spesies dalam sistem nama saintifik organisma. Contohnya, Carica ialah nama genus bagi spesies Carica papaya (betik) dalam famili Caricaceae. Perkataan ini ditulis secara italik dan huruf pertama menggunakan huruf besar. |
species | spesies | Herba | Botani dan Bioteknologi | Golongan organisma yang mempunyai sifat yang sama. Spesies berada pada kedudukan bawah genus dan terletak di kedudukan lebih atas daripada subspesies. Spesies merupakan perkataan kedua bagi nama saintifik organisma dalam penamaan saintifik. Spesies menunjukkan tumbuhan tersebut telah dikenal pasti dengan lengkap oleh ahli taksonomi. Contohnya �longifolia� bagi �Eurycoma longifolia� (tongkat ali). Perkataan ini ditulis dalam italik dan huruf pertama ialah huruf kecil. Terdapat nama spesies yang diberikan menggambarkan ciri tumbuhan tersebut. Contohnya, �longifolia� yang bermaksud daun panjang. |