Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)

23

Barking dogs seldom bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
demonstrative pronounkata ganti penunjukLinguistikTiadaKata ganti yang digunakan sebagai namaan. Contohnya, itu dalam itu Presiden negara Mesir.
local planspelan tempatanUndang-undangTiadaPelan tempatan untuk sesuatu kawasan atau sebahagian kawasan itu yang disediakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang mengandungi butir-butir terperinci tentang cadangan pihak berkuasa itu untuk pembangunan dan kegunaan tanah di kawasan itu. Cadangan itu hendaklah selaras dengan pelan struktur secara amnya.
stiff mixpukul naikPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah memukul adunan sehingga naik dan kembang seperti putih telur, krim dan meringue dan jika diterbalikkan mangkuk yang berisi adunan itu, adunan itu tidak akan jatuh.
deformetermeter ubah bentukKejuruteraanTiadaAlat yang digunakan dalam analisis model struktur untuk membantu melukis garis imbas struktur itu, dengan meter itu digunakan untuk mengenakan ricih atau putaran tempat model dipotong.
ITU (International Telecommunication Union)ITU (Kesatuan Telekom Antarabangsa)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bailmentbailmenUndang-undangTiadaPenyerahan barang-barang dan sebagainya yang diamanahkan, mengikut sesuatu kontrak, sama ada nyata atau tersirat, supaya amanah itu dilaksanakan dan barang-barang itu dikembalikan oleh baili sebaik-baik sahaja maksud atau tujuan itu terlaksana.
bottomry bondbon botomriPelayaranTiadaSatu kontrak atau gadaian yang dibuat oleh tuan punya kapal atau ejennya untuk mendapatkan wang pendahuluan/pinjaman untuk kegunaan urusan kapal itu, yang akan dibayar balik bersama faedahnya apabila kapal itu sampai ke pelabuhan tempat tujunya dengan selamat, tetapi pinjaman itu akan lupus kiranya kapal itu musnah/tenggelam dalam perjalanan atau tidak sampai ke tempat tujuannya.
bottomry bondbon botomriUndang-undangTiadaSatu kontrak atau gadaian yang dibuat oleh tuan punya kapal atau ejennya untuk mendapatkan wang pendahuluan/pinjaman untuk kegunaan urusan kapal itu, yang akan dibayar balik bersama faedahnya apabila kapal itu sampai ke pelabuhan tempat tujunya dengan selamat, tetapi pinjaman itu akan lupus kiranya kapal itu musnah/tenggelam dalam perjalanan atau tidak sampai ke tempat tujuannya.
data exchange systemsistem ibu sawat dataKejuruteraanTiadaSistem yang operasi utamanya adalah untuk menerima data daripada beberapa saluran masukan, mengisih data itu mengikut keutamaan dan matlamat (destinasi), melakukan sebarang peranan penterjemahan yang perlu, dan menghantar semula data itu apabila saluran keluaran dapat digunakan. Di samping itu, sistem ini melakukan kerja seperti menyemak ralat, menyimpan log atau peta, dan mengawal punca dan bilangan utusan yang mengalir melalui sistem itu.
deformcangga; ubah bentuk; cacatKejuruteraanTiadajasad, sama ada perubahan itu berserta perubahan rupa bentuk atau tidak.,jasad, sama ada perubahan itu diikuti perubahan saiz atau tidak.
12345678910...

Kembali ke atas