Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dlm hal yg demikian, demikian itu (kalau), meskipun (kendatipun, walaupun) begitu, yg itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Peribahasa

Bagai kucing menjemput api.

Bermaksud :

Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equivalentsetaraMatematikTiadaSifat yang bererti “sama” dengan tafsiran tertentu mengikut konteks. Contoh: (i) Dua pecahan adalah setara jika nilainya sama. (ii) Dua persamaan dikatakan setara jika kedua-duanya mempunyai punca yang sama. (iii) Dua syarat dikatakan setara jika (a) apabila satu syarat itu benar, yang lain itu pun benar, dan (b) apabila satu syarat palsu, yang lain itu pun palsu juga.
verismverismaKesusasteraanTiadabagi seni dan kesusasteraan; oleh itu apa yang buruk pun mesti disajikan.
two-froce mamberanggota dua dayaMekanikGunaanAnggota struktur yang hanya ditindak oleh daya di dua titik pada anggota itu. Misalnya, semua anggota kekuda merupakan anggota dua daya. Anggota dua daya mempunyai keistimewaan dari segi analisis mekanik kerana walau apa pun bentuk anggota itu, keseimbangan mensyaratkan daya panduan di dua titik berkenaan mempunyai magnitud yang sama, hala yang bertentangan dan garis tindakan yang sepunya. Garis tindakan itu pula perlu sekena dengan garis yang menghubungkan titik-titik kenaan daya.
soft waterair lembutKimiaTiadaAir yang tidak mengandungi larutan sebatian-sebatian logam seperti sebatian kalium, sebatian besi, atau sebatian magnesium, dan kerana itu mudah berbuih dengan sabun dan kadar daya cucian pun bertambah.
soft waterair lembutKimiaBiokimiaAir yang tidak mengandungi larutan sebatian-sebatian logam seperti sebatian kalium, sebatian besi, atau sebatian magnesium, dan kerana itu sudah berbuih dengan sabun dan kadar daya cucian pun bertambah.
steam fogkabut kukusSainsHidrometeorologiKabut yang terbentuk apabila wap air masuk ke udara yang lebih sejuk daripada punca wap; yang paling biasa adalah apabila udara yang sangat sejuk bertiup melintasi air yang agak panas. Walau apa pun keadaan punca wap (air panas, ekzos pembakaran industri, hembusan nafas), keseimbangan tekanan wapnya lebih tinggi daripada tekanan yang bersepadanan di dalam udara yang lebih sejuk. Oleh itu, wap air setelah bercampur dengan dan disejukkan oleh udara sejuk akan memeluwap dengan cepat. Mekanisme ini tidak membenarkan kabut sampai ke punca wap, dan juga, setelah percampuran lanjutan berlaku dalam aliran yang cukup bergolak atau dalam aliran olakan (hanya darjah yang kecil diperlukan), zarah kabut menyejat pada suatu had atas yang jelas bagi kabut. Walaupun alir lintang udara diperlukan untuk menghasilkan kabut kukus, ia jauh berbeza daripada kabut air lintang yang disebabkan oleh udara panas dan lembap yang bergerak di atas permukaan sejuk.
steam fogkabut stimMeteorologiMeteorologi PerhubunganKabut yang terbentuk apabila wap air masuk keudara yang lebih sejuk daripada punca wap; yang paling biasa adalah apabila udara yang sangat sejuk bertiup merentasi air yang agak panas. Walau apa pun keadaan sumber wap (air panas, ekzos pembakaran industri, hembusan nafas), keseimbangan tekanan wapnya lebih tinggi daripada tekanan yang bersepadanan di dalam udara yang lebih sejuk. Oleh itu, wap air setelah bercampur dengan udara sejuk akan menyejuk dan memeluwap dengan cepat. mekanisme ini tidak membenarkan kabut sampai ke sumber wap, dan juga, setelah percampuran lanjutan berlaku dalam aliran yang cukup bergolak atau dalam aliran olakan (hanya darjah yang kecil diperlukan), zarah kabut menyejat pada suatu had atas yang jelas bagi kabut. Walaupun adveksi udara diperlukan untuk menghasilkan kabut stim, ia jauh berbeza daripada kabut adveksi yang disebabkan oleh udara panas dan lembap yang bergerak di atas permukaan sejuk. Kabut stim selalunya dilihat di atas permukaan tasik dan sungai pada pagi musim gugur yang
procedural memoryingatan proseduralPsikologiPsikologi UmumIngatan yang menyimpan maklumat tentang cara membuat sesuatu perkara. Ingatan prosedural biasanya berlaku dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan kemahiran. Contohnya, seorang pembaling bola dalam sukan kriket memerlukan ingatan prosedural ketika membuat balingan bola tanpa terpaksa mengingat secara sedar langkah larian, tempat untuk membaling bola dan pancang untuk dibalingkan supaya dapat mematikan pemukulnya. Semasa pembelajaran membaling bola itu, pemain telah pun belajar teknik-teknik yang sesuai.
checking copysalinan buktiKomunikasiKorporatSalinan iklan yang telah tersiar atau diterbitkan sebagai bukti pengesahan pelaksanaan akaun. Salinan ini diserahkan oleh pihak penerbitan majalah, akhbar dan sebagainya kepada agensi pengiklanan untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada pihak agensi pengiklanan, bahawa tanggungjawab penerbitan seperti yang diarahkan telah pun dilaksanakan. Selain salinan tersebut, disertakan juga maklumat mengenai nama, tarikh, masa, dan halaman atau kedudukan ruang dalam siaran atau penerbitan. Sesetengah agensi atau syarikat hanya membuat pembayaran iklan setelah salinan bukti siaran dan penerbitan diserahkan oleh pengiklan. Selain itu, salinan bukti juga disimpan sebagai dokumen rujukan untuk keperluan perancangan strategik pemasaran pada masa akan datang. Bukti ini perlu bagi memastikan proses pembayaran upah dapat dilakukan.

Kembali ke atas