Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.tu.lah] | ايتوله

Definisi : demikian halnya (akibatnya): ~ kalau suka main judi, ~ anak yg nakal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itulah

Puisi
 

Ada kerusi ada meja,
     Itulah tempat membasuh kaki;
Ada budi ada bahasa,
     Itulah tempat ditaruh hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Barang yang dikata,
     itulah kota.

Bermaksud :

Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
running into an opponentrempuh lawanSukanTiadaPerbuatan merempuh pemain lawan seolah-olah pemain lawan itulah yang menghalangnya.
Julian calendartakwim JuliusMatematikTiadaTakwim yang digantikan dengan takwim Gregory. Takwim ini mempunyai 365.25 hari setahun dan pecahannya itulah yang menyebabkan wujud tahun kabisat setiap empat tahun sekali, dan dibahagikan kepada 12 bulan dan setiap bulan mempunyai 30 atau 31 hari kecuali bulan Februari 28 hari, dan pada setiap kabisat 29 hari.
displacementsesaranMekanikGunaan1. Jarak yang dilalui oleh jasad pada arah yang tertentu. Jika zarah teranjak dari suatu titik ke titik yang bersebelahan, misalnya, maka vektor infinitesimal ds yang menghubungkan kedua-dua titik tersebut itulah yang dinamai ‘sesaran’ bagi zarah itu. sesaran merupakan kuantiti vektor. Unit ukurannya ialah meter, m. 2. Gantian isi padu bendalir oleh pepejal atau bendalir daripada jenis lain.
mulamma�mulamma�KesusasteraanTiadaPuisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau panda
nonnarrative folksongsnyanyian rakyat tankisahanKesusasteraanTiadaNyanyian rakyat yang dikisahkan melalui puisi. Contoh: Syair Bidasari. I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat; Di karang fakir dijadikan hikayat , Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari ; Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkara ; Sangat tiada merasai susah , Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri; Beberapa bulan beberapa hari, Halamilah puteri permaisuri. [hlm. 1 - 4]
capacitance effectkesan kemuatanTeknikElektrik1. Kesan pemuat litar arus ulang-alik yang bertentangan dengan ciri-ciri kearuhan, iaitu arus dalam litar pemuat tersebut mencapai maksimum lebih dahulu daripada voltan bekalan. 2. Kesan ini berlaku juga dalam kabel pendawaian kerana setiap pengalir menjadi seolah-olah seperti plat pemuat dan penebat kabel menjadi medium atau dielektrik. Kesan muatan yang dihasilkan bergantung pada penebatan kabel, arus litar, dan panjang kabel. Sebab itulah kebanyakan kabel yang membawa isyarat semboyan dalam litar elektronik menggunakan kabel sepaksi agar sarung kabel itu dapat dibumikan bagi mengurangkan kesan ini.
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kam
moment of a forcemomen dayaMekanikGunaanUkuran kuantitatif bagi kesan putaran daya pada jasad. Sebagai contoh, perhitungkan daya F yang bertindak pada jasad dan menyebabkan jasad itu cenderung untuk berputar di sekitar sebarang paksi yang tidak bersilangan atau tidak selari dengan garis tindakan F. Katakan bahawa paksi tersebut ialah paksi n-n. Kecenderungan F untuk memutar jasad yang berkenaan di sekitar paksi n-n disebut momen daya F di sekitar paksi n-n. Momen ditakrifkan secara matematik melalui persamaan, Mn = r x F dengan Mn sebagai momen di sekitar n-n, r sebagai vektor kedudukan sebarang titik pada garis tindakan F diukur dari titik silangan O di antara paksi n-n dengan satah s yang mengandungi F serta serenjang dengan paksi itu. magnitud bagi momen Mn itu diperoleh melalui hubungan skalar, Mn = Fd dengan d sebagai jarak serenjang di antara garis tindakan F dan paksi n-n. Untuk kes 2-D, satah halaman buku ini boleh diambil untuk mewakilkan satah s. maka paksi n-n boleh diwakilkan oleh titik O pada satah itu, dan oleh sebab itulah kita s

Kembali ke atas