Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 susunan acara mengikut masa yg ditentukan: Mengikut ~nya, perbarisan itu akan dimulakan pd pukul 8.00 pagi. ~ waktu susunan perkara (pelajaran di sekolah dll) mengikut waktunya. 2 senarai nama (orang, barang dll) yg ditulis bersusun satu-satu; daftar. menjadualkan 1 menentukan waktu utk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadual (kata nama)
1. Bersinonim dengan daftar: senarai, fakta, ruang, indeks, katalog, carta, graf, jadual, waktu,

2. Rujuk rancang rancangan

Kata Terbitan : menjadualkan, penjadualan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
log rulesjadual balakPerhutananTiadaJadual yang menunjukkan jumlah isi padu yang diperolehi melalui anggaran atau kiraan kayu gergaji yang boleh dihasilkan daripada kayu balak yang mempunyai ukuran panjang dan garis pusat tertentu. Jadual ini biasanya dibahagikan kepada empat kumpulan, sama ada berdasarkan jadual gambar rajah, jadual rumusan, jadual keluaran sebenar, atau gabungan jadual-jadual di atas.
relational modelmodel hubunganTeknologi MaklumatTiadaModel pangkalan data yang mempunyai data dalam bentuk jadual-jadual yang berkait secara logik.
production informationmaklumat pengeluaranAlam BinaTiadaSemua bahan maklumat yang diperlukan untuk membina bangunan merangkumi lukisan terperinci, spesifikasi dan jadual-jadual.
conversion tablejadual penukaranPentadbiran PerniagaanTiadaJadual penukaran: Jadual pertukaran mata wang mengikut pasaran mata wang.
delivery schedulejadual serahanPentadbiran PerniagaanTiadaJadual serahan: Jadual yang ditetapkan untuk membuat serahan oleh posmen serahan.
frequency tablejadual frekuensi; jadual kekerapanMatematikTiadaTiada
frequency tablejadual frekuensi; jadual kekerapanVeterinarTiadaTiada
schedule of reinforcementjadual peneguhanPsikologiPsikologi UmumJadual atau program yang memperincikan frekuensi dan masa pemberian peneguhan. Sekiranya sesuatu peneguhan didasarkan kepada kekerapan sesuatu respons, maka peneguhannya dikelaskan sebagai jadual bernisbah tetap atau berubah. Jika peneguhan itu berdasarkan kepada sela masa, maka peneguhannya dikelaskan sebagai jadual sela tetap atau berubah. Contohnya, jadual peneguhan nisbah tetap 10 (FR 10) bermakna haiwan mesti melakukan respons (menekan tuas dalam eksperimen kotak Skinner) sebanyak sepuluh kali sebelum diberikan peneguhan.
table of ratejadual kadar cukai; jadual kadar bayaranEkonomiTiadaTiada
multiregional life tablejadual hayat berbilang kawasan/jadual hayat berbilang wilayahKependudukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas