Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data; ~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur; berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jalur (kata nama)
1. Bersinonim dengan belang: loreng, coreng, garis,

2. Rujuk lajur

Kata Terbitan : berjalur-jalur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radiatusradiatusSainsHidrometeorologiJenis awan yang menunjukkan jalur-jalur selari yang lebar atau awan yang tersusun dalam jalur-jalur selari yang, disebabkan oleh kesan perspektif, nampak seperti menumpu ke satu titik di ufuk atau, apabila jalur-jalur tersebut melintasi seluruh langit, ke titik yang berhadapan di ufuk, yang dinamakan titik sinaran. Istilah ini digunakan terutamanya untuk sirus, altokumulus, altostratus, stratokumulus dan kumulus.
grid rationisbah gridKejuruteraanTiada1. Nisbah kedalaman jalur-jalur legap sesuatu grid diukur dalam arah alur primer, terhadap jarak pemisahan di antara jalur-jalur itu.,2. Nisbah jumlah keluasan lubang terhadap jumlah keluasan grid.
strip tillagepembajakan jalurPertanianTiadaOperasi pembajakan yang membentuk jalur-jalur yang berbajak di antara jalur tanah yang tidak berbajak.
bimetallic stripjalur dwilogamPerubatanTiada1. Jalur yang dibuat daripada dua logam, berlapik bahan las pada satu permukaan, digunakan sebagai pembuka kawasan sentuhan gigi dan restorasi. Sinonim : jalur kilat, jalur pemisah.
adjustment stripsjalur pelarasanKejuruteraanKejuruteraan MekanikJalur-jalur logam yang digunakan untuk membuat pelarasan yang tepat bagi beban galas sebenar ke atas permukaan gelangsar. Ketepatan jumlah sentuhan ditentukan oleh tekanan yang dikenakan ke atas jalur oleh satu set skru pelaras.
film strip projectorprojektor jalur filemSosiologiTiadaProjektor yang menayangkan gambar dari filem jalur ke jalur.
thermal beltjalur termaSainsHidrometeorologi1. Satu daripada beberapa jalur mendatar jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan gunung. Jalur-jalur ini terutamanya merupakan hasil daripada perubahan suhu menegak. 2. Sama dengan zon suhu.
vertical barjalur tegak; jalur pugakKejuruteraanTiadaTiada
edge stripjalur tepi/jalur pinggirKejuruteraanTiadaTiada
buffer stripjalur penimbal/jalur penampanBiologiUmumTiada
12345678910...

Kembali ke atas